Sunday, 17 March 2013

Soft Launch NC700X di Impian Honda Shop, Klang Utama.

      Vrroommmm!! Vrroommmm!! Assalammualaikum dan salam sejahtera. Entry untuk kali ini agak menarik sebab kami selaku warga Dash Owner Club Malaysia telah dijemput oleh pihak Boon Siew Honda untuk memeriahkan majlis Soft Launch NC700X di NS ONE MOTOR TRADING SDN BHD iaitu salah satu daripada Impian Honda Shop di Malaysia yang terletak di Klang Utama.

10.00 pagi-16 Mac 2013, seramai 26 orang ahli DOC dari Central mahupun wakil dari beberapa negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor menyertai event untuk kali ini. Menjadikan kawasan rehat Tol Setia Alam sebagai RV Point, kami semua berkumpul bersama-sama dengan kelab motosikal yang sama bangsa iaitu yang terdiri daripada Honda Future, CBR 250 & GoldWing!

Apa yang menariknya, pelbagai kejutan yang bakal kami terima setibanya di Impian Honda Shop nanti. Nak tau bagaimana suasana semasa kami di sana? Jom!


Macam-macam warna ada!

Abam-abam Future! Vrrrooomm!!

Abam-abam CBR 250 yang baru sampai ke lokasi.

Perghh! GoldWing beb! leleh tengok!

Setelah hampir 30 minit berkumpul, marshall dari pihak Boon Siew Honda pun tiba untuk mengiringi hampir 100 biji buah motosikal terdiri pelbagai model dari Honda ini ke destinasi yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari lokasi kami. Tapi sebelum itu, kami diberikan sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Jadi, upacara aqiqah hadiah pun dijalankan sebelum bergerak.


Haa! dapat sekotak tu, siap ada lebih lagi :)

Yeahh! Dapat baju, cap dan macam-macam lagi dari Boon Siew Honda! Trimas bebeh!

Upacara aqiqah hadiah yang diberikan oleh BSH melalui abam Yo Syam.

Impian Honda Shop yang baru dibuka di Klang Utama.

"susun! susun! susun!" pekik si abam Ahmad Fikri. Hahaha!

Yang BESAR parking depan sekali la. Kami kecil cili padi parking sebelah dah cukup bangga! Hehehe!

Selesai parking motor, kami terus ke khemah untuk menjamu selera sambil mendengar ucapan oleh orang-orang besar dari Boon Siew Honda. Sambil mendengar ucapan, ada lagi kejutan oleh pihak Boon Siew Honda untuk kami. Kami diberikan angpow! WOW! masyukk! Hehehehe! Jom tengok apa lagi yang kami buat di tempat kejadian.


Mr Koji pn ada di tempat kejadian, Handsome la Koji San! Hehehe!

"Ha! You only can cut just one ribbon and the rest let me cut okay?" bisik Mr Koji pada rakanya. Hahaha!

Pelancaran NC700X bersama otai-otai BSH.

Thumbs up! cantik bunga abam tu..

Mentekedarah! Mangan! Makan! Eating! Melahap! Semuanya sedap! Hehehe

Onnomnomnom! licin der!

Tuan Presiden bersama Setiausaha Dash Owner Club Malaysia. Sweet je!

Abam Aizat & abam Fitri membaca majalah motor yang diberi secara percuma.

Abam-abam Future kusyuk mendengar ucapan dari bos BSH.

Abam Ys snap pic motor ke amoi? jeng! jeng! jeng!

CBR 250 Repsol Edition

Aaumm! HRC tu! Sexy la you ni..

Honda CBR Fireblade.

Yeahh! Dapat lagi hadiah dari BSH! memang awesome la event kali ni!

Dash Owner Club Malaysia bergambar bersama model-model BSH yang mulus!

Terbaik! Bersama Mr Koji yang sentiasa menyokong DOC!

Honda Wings di mana-mana! Kiri, kanan, atas & bawah semuanya ada! Hahaha!

Phew! Seronok bukan? belum selesai lagi la kawan. Selepas selesai sesi upacara memotong reben, bergambar, penyerahan hadiah serta melawat showroom di Impian Honda Shop, kami sekali lagi diberikan kejutan yang hebat. Kami diberikan servis motosikal secara percuma oleh pihak Boon Siew Honda. Selesai servis, kami diberikan t-shirt sekali lagi sebagai tanda penghargaan kerana memeriahkan majlis kali ini. Memang terbaik event kali ini. Kami dari pihak DOC Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak BSH yang sudi menjemput kami bagi menyerikan majlis yang diadakan. Semoga jalinan mesra ini dapat diteruskan lagi.

Jam menunjukkan 6.00 petang, majlis pun hampir ke penghujungnya maka dengan itu Dash Owner Club Malaysia pun turut mengundurkan diri untuk singgah berTTS di Shah Alam.


Tak sampai 5 minit air sampai, kosong cawan dibuatnya? haus sangat lettew! Hehehe!

Lebih kurang 1 jam berTTS, kami pun mengambil keputusan untuk bersurai dan pulang ke rumah masing-masing. Semoga aktiviti yang berkait rapat dengan Boon Siew Honda dapat diperhebatkan lagi dari masa ke semasa, insyaallah.