Assalammualaikum dan salam sejahtera!! Tanggal 21 April 2013 Dash Owner Club Malaysia berbesar hati untuk menyaksikan Asia Road Racing Championship (ARRC) yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia.
Mempertandingkan sebanyak 3 kategori seperti Supersports 600cc, Underbone 115cc & Asia Dream Cup bagi memeriahkan arena sukan permotoran Asia kali ini. Kelibat para pelumba handalan Malaysia seperti Azlan Shah Kamaruzaman, Ahmad Fuad Baharudin dan Md Zamri Baba serta Zaqhwan Zaidi dan ramai lagi juga turut menyertai perlumbaan kali ini.
Menjadikan masjid KLIA sebagai RV point, seramai 25 orang ahli DOC menyertai event untuk kali ini yang hadir dari 3 negeri seperi Pahang, Selangor/Kuala Lumpur & Negeri Sembilan. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, semua ahli berkumpul di tempat yang dimaksudkan sebentar tadi untuk bergerak bersama-sama ke Litar Antarabangsa Sepang. Tanpa melengahkan masa, jom kita jenguk gelagat ahli DOC di Sepang kali ini!
 |
Masih menanti kehadiran kawan-kawan lain di bawah sinaran matahari yang terik! |
 |
Pelbagai gelagat dapat diperhatikan ketika melihat kawan-kawan lain menyusun motor. |
 |
25 buah biji Honda Wave Dash yang bakal menggegarkan Sepang kali ini. |
 |
Abam Ezuwan & Abam Wan Pari dalam tugasan memasang banner DOC, |
 |
Touch-up lagi apa yang patut bak kata Abam Din kita. |
 |
Honda Wings! We Proud With Our Ride! |
Setelah lebih kurang 15 minit dihabiskan begitu sahaja untuk sesi menggedik mahupun bergambar, kami sepakat untuk tidak membuang masa lagi lantas bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan ARRC!
Bak kata orang-orang lama, "ala sekangkang kera je tu!" ha itu definisi yang boleh dirungkaikan membawa maksud tidaklah jauh sangat dari masjid KLIA ke litar tersebut. Hehehe!
Setibanya kami sampai ke destinasi, kami diberi parking lot khas yang memudahkan kami untuk meletakkan dash kesayangan kami ini tanpa rasa curiga dan was-was sebab kami dapat parking di dalam litar!
 |
Nampak tu? betul-betul dekat dengan pintu masuk. Hehehe! |
Seperti yang dimaklumkan, pelbagai booth dibuka untuk kita semua lewati. Jom kita tengok apa lagi gelagat para-para sakura DOC ini di sekitar booth.
 |
Honda sentiasa menampilkan pelbagai jenis motor yang terbaik untuk pengguna di Malaysia. |
 |
Sahabat selamanya katanya! Abam Wan bersama teman rapatnya Abam Paan dari Negeri Sembilan. |
 |
Boleh dikatakan setiap kali event, ini lah pe'el yang akan dilakukan oleh Abam Yo Syam. Hahahah! |
 |
Gadis Leo Vince! Mulussssss je! |
 |
Kesian Abam Ezuwan ditinggalkan oleh kawan-kawan yang sibuk mencari barangan. |
30 minit diluangkan untuk mengunjungi pelbagai booth yang disediakan. Tanpa meninggalkan kesan tapak kasut, kami terus ke grandstand untuk menyaksikan perlumbaan.
 |
Masing-masing mengambil tempat yang selesa untuk menyaksikan perlumbaan. Abam Yo Syam pula, tegar menjaga keselamatan gadis seorang ini. Hehehe! |
 |
Haaa nampak tak tu, gila tu gila jugak. Batasan harus dijaga. Hehehe! |
 |
Ha apa la yang dibisingkan oleh Abam Shukree kita agaknya tu. |
 |
Malu katanya, malu tapi mahu! Hahahaha! |
 |
Central, Negeri Sembilan serta Pahang bergabung! Kebabom! |
 |
Perlumbaan bakal bermula. Degupan jantung semakin kencang! |
 |
Kali ini kategori underbone 115cc sedang dipertandingkan. |
 |
Giliran untuk Asia Dream Cup. Ayuh pelumba Malaysia! |
Selesai menyaksikan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Sepang ini, kami sepakat untuk berTTS sebentar di Nilai untuk melahap kerana perut pun harus dijaga selain motor kesayangan kami ini. TTS yang berlangsung selama beberapa jam itu memang meriah sekali.
Apabila perut pun membuncit, kami dengan rela hati untuk meninggalkan lokasi TTS untuk pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, kami bersalaman tanda perpisahan untuk gabungan 3 negeri kali ini. Insyaallah banyak lagi aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Dash Owner Club Malaysia untuk melebarkan sayap serta menjalinkan silaturrahim antara kami semua. Jumpa lagi kita di lain masa dan waktu serta tempat jika diizinkan Allah, insyaallah.