Monday, 22 July 2013

Iftar di Kluang, Johor.

           Assalammualaikum dan salam sejahtera!! "Nak g mne? bandor?" hahaha! Itu la loghat orang negeri Johor ek? hehehe! Sekarang ini kita bukan nak bercerita tentang loghat Johor tapi nak berkongsi tentang penjelajahan kami ke Kluang, Johor pada 19-20 Julai 2013 yang lepas.

Kami pun telah berdiskusi lebih awal tentang penjelajahan ke selatan tanah air ini untuk berbuka bersama-sama dengan warga DOC di sana sempena di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Maka, dengan kekuatan bala tentera Dash Owner Club Malaysia seramai 9 orang, kami tekad memulakan misi melebarkan sayap ke selatan Malaysia iaitu Kluang, Johor. Biarpun hanya 9 orang yang mewakili Central, memandangkan ahli-ahli yang lain mempunyai komitmen yang lebih penting yang perlu diutamakan. Walaupun bilangan yang kecil, tapi kami membawa semangat yang besar iaitu ingin merapatkan silaturrahim antara penunggang motosikal berkuasa 110cc ini tidak kira bangsa, umur mahupun pangkat.

Setelah segala perbincangan dipersetujui ramai, kami memutuskan untuk bertolak selepas berbuka puasa pada 19 Julai. Sebelum bergerak ke Kluang, Johor, kami berbuka dahulu di sebuah restoran yang terletak di Senawang memandangkan ada ahli DOC yang tinggal di Negeri Sembilan ingin berbuka sama serta mengucapkan selamat jalan kepada kami. Selepas menunaikan nafkah kepada perut yang seharian kosong, kami pun memulakan perjalanan ke selatan pada pukul 9.00 malam dengan kelajuan sekata antara 80-90km/j yang diterajui oleh Ahmad Fikri selaku "Lead" untuk konvoi kali ini. .

Sepertimana konvoi kami sebelum ini, sedikit taklimat tentang keselamatan dan tatacara tunggangan ketika berada di lebuhraya telah pun diberitahu bagi memastikan konvoi kali ini selamat sampai dan balik serta tidak lupa juga doa menaiki kenderaan dan memohon keberkatan dalam perjalanan kami ke selatan tanah air dengan niat yang murni ini. Maka, Jom kita ikuti segala kisah Dash Owner Club Malaysia sepanjang perjalanan dan beradanya kami di Kluang, Johor Darul Takzim ini.


Berehat sebentar di R&R untuk menghilangkan rasa kebas-kebas!

Lebih kurang 4 jam konvoi kami berada di atas lebuhraya, kami pun telah selamat sampai ke Tol Ayer Hitam di mana sahabat dari selatan setia menunggu kehadiran kami walaupun jam menunjukkan 1.00 pagi.


Setibanya kami di Tol Ayer Hitam, Johor Darul Takzim.

Antara barisan sahabat yang setia menanti kami. Respect!

Tanpa melengahkan masa, selesai saja bersalaman serta mengucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan kami bergegas ke lokasi seterusnya untuk bersahur bersama-sama. Salah seorang kawan dari Kluang berkata kalau datang sini mesti cuba menu istimewa iaitu 'NASI UJANG' yang hanya terdapat di Kluang sahaja.


Sambil menunggu makanan sampai, kami sempat berbual bagi mengelakkan gejala mengantuk menular. Hahaha!

Ha ni la NASI UJANG! Rasa memang mantop! Rugi kalau tak cuba!
Memandangkan waktu pun hampir menjengah ke subuh, setelah puas berbual dan bersahur bersama-sama kami pun mengorak langkah untuk check-in ke homestay yang terletak tidak jauh di situ untuk merehatkan badan bagi melakukan aktiviti seterusnya pada esok harinya.
       
Hanya dapat tidur untuk beberapa jam sahaja, 20 Julai 2013, kami pun terus melakukan beberapa aktiviti yang agak ringan seperti membeli spareparts di kawasan sekitar kerana kami diberitahu barangan di sini agak murah berbanding di tempat lain. Sementara di kalangan kami keluar mencari spareparts, ada yang mengambil peluang untuk membasuh motor dan juga santai di dalam homestay sahaja. Maklumlah puasa, pergerakan tu terbatas sikit. Hehehe.

Abam Caroll & Abam Abbas kusyuk bermain Candy Crush!

Akibat tewas Candy Crush, Abam Caroll merajuk lalu tertidur! Abam Wan & Abam Abbas masih meneruskan perjuangan!

Inilah motor kepunyaan Bendahari kita, Abam Ezuwan Azmi a.k.a M.Nasir DOC! Hehehe!

Jam menunjukkan pukul 4.00 petang, kami bersiap sedia untuk bergerak ke Batu Pahat untuk sesi berbuka pula di mana kali ini kami ingin mencuba masakan istimewa di Batu Pahat di kala bulan Ramadhan ini.


Abam Irwan antara ahli yang bersemangat untuk bertolak ke Batu Pahat, Johor.


Abam Caroll nampak gelisah kerana perutnya mengeluarkan bunyi-bunyian aneh sambil diperhatikan oleh abam Wan. Hahahaha!

Masing-masing bersedia untuk bertolak.

Peraturan jalanraya perlulah dipatuhi jika ingin selamat.


JMY bersaudara, walaupun berlainan saiz. Hehehe!

Bzzztt! Hamboi Setiausaha kita, abam Yo Syam menunjukkan isyarat gabannya.

Sentiasa berhati-hati dengan keadaan persekitaran.

Lebih kurang 1 jam menyusuri perjalanan yang agak santai, kami pun berhenti seketika di RV Point untuk menanti kedatangan kawan-kawan yang lain sampai dari segenap pelusuk negeri Johor Darul Takzim ini. Tidak sempat untuk enjin Dash kesayangan kami ini sejuk, kawan-kawan yang lain pun sampai tepat pada waktu yang ditetapkan. Itulah menunjukkan sifat menepati masa tanpa melupakan keselamatan ketika di atas jalanraya.


Setibanya kami di RV Point yang berdekatan dengan McD UTHM Johor Darul Takzim

Macam biasa, menyusun motor untuk sesi bergambar.


Macam artis tak? Hahah! abam Adi macam tak puas hati je? Heheheh!

"Ya! Betul! Aku nampak UFO tadi!" terang si abam Wan kita sambil abam Ezuwan dan abam Yo Syam mendengar kata-kata dari seorang yang kelaparan. Hahahaha!


Motor kepunyaan abam Wan Pari kita, Gerek seh!


1 Hati walaupun berlainan negeri.




Lebih kurang 15 minit sesi bergambar, kami meneruskan agenda seterusnya ke destinasi untuk berbuka sebentar nanti. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit itu kami susuri perjalanan yang agak sesak sedikit memandangkan waktu untuk rakyat jelata membeli juadah berbuka di bazaar ramadhan berdekatan.
     
Tanpa membuang masa, kami sempat singgah sebentar di bazaar ramadhan berhampiran untuk membeli sedikit juadah untuk dijamah sedikit masa saja lagi. Selesai membeli, kami pun bergegas ke destinasi kami iaitu Restoran Beriani Power memandangkan waktu berbuka pun hampir tiba.
           
Seperti sedia maklum, kalau datang ke Batu Pahat ini wajib pekena beriani gam sebab di sinilah tempat yang menyediakan beriani gam yang terbaik di Malaysia ini. Tanpa melengahkan masa lagi, waktu berbuka pun tiba. Nak tengok apa menu kami? Meh jenguk sini!


Perghhh!! Menyelerakan beb!

Macam-macam jenis lauk ada! memang terliur la masa ni!

Abam Yo Syam menunjukkan gelas berisi air katira yang dibeli sebentar tadi di bazaar ramadhan. Sedap!!

Muka-muka kepuasan selepas berbuka. Berseri-seri kata kau! Hehehe!
 
Punya la gembira abam Kie kita bila dapat makan. Nikmat katanya!

Ada yang kenyang, ada yang menggasak lagi beriani gam tu. Maklum la, puasa katanya! Hehehe!

Terpancar sinar kegembiraan dan kepuasan apabila selesai melicinkan pinggan masing-masing. Hahaha!
Selesai berbuka, kami berbual sebentar bagi memberikan peluang untuk makanan dihadam dengan sempurna. Apa yang kami boleh katakan, menu kali ini memang terbaik dari ladang terutamanya air bandung soda yang tersangat la sedap! Terasa sodanya di mana airnya yang lemak manis memang dapat menghilang rasa dahaga ketika berpuasa di siang hari.
       
Jam menunjukkan 8.30 malam, kami sepakat untuk bersantai di Dataran Batu Pahat yang terletak tidak jauh dari tempat kami berbuka ini. Setelah sampai, seperti biasa, sesi bergambar memang tidak dapat dielakkan sama sekali seperti ianya telah menjadi resam sesebuah kelab permotoran di Malaysia.


Abam Yo Syam sempat bergaya dengan Keewaynya.

Kami sempat memahat kenangan di Dataran Batu Pahat ini.

Honda Wings tau bukan chicken wings! Hehehe!

Seia sekata, kami menggegar Dataran Batu Pahat pada malam tersebut.

Pelbagai warna & variasi dapat diperhatikan, tapi kami tetap 1hati!

Setiap pertemuan itu mesti ada perpisahan. Tepat pukul 10.00 malam, kami pun terpaksa meninggalkan kawan-kawan di selatan demi meneruskan perjalanan menuju ke Central yang masih jauh lagi. Bersalaman serta berpelukan diselingkan dengan kata-kata penuh bermakna diberikan antara satu sama lain membukti ikatan ukhuwah kami tidak akan putus buat selamanya. Ada masa dan rezeki lagi, kita pasti bersua lagi wahai sahabat di selatan Malaysia. Akhir kata, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari kami Dash Owner Club Malaysia untuk semua penunggang motosikal di seluruh Malaysia yang beragama Islam. Assalammualaikum..