Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog Dash Owner Club Malaysia kali ni. Di bulan baik yang penuh keberkatan ini, eloklah kita merapatkan lagi silaturrahim antara kita khususnya bagi warga DOC sendiri.
Pada tarikh yang diizinkan Allah S.W.T, 3 Ogos 2013, menyaksikan DOC Central menganjurkan program berbuka puasa yang telah diadakan di Restoran Khulafa Bistro, Seksyen 7 Shah Alam yang dihadiri lebih kurang 30 orang ahli DOC yang tinggal berdekatan.
Aktiviti yang ditelah dicadangkan oleh ramai pihak ini telah diterajui oleh Abam Hidayat serta rakan-rakan lain bagi menjayakan misi kali ini. Tidak terkecuali juga ada beberapa orang yang berminat untuk menyertai program kali ini dengan mendaftar sebagai ahli Dash Owner Club Malaysia yang sah lagikan halal. Jom kita saksikan gelagat dan telatah ahli-ahli DOC di sekitar program ini berlangsung.
 |
Restoran yang bakal digegarkan oleh Dash Owner Club Malaysia |
 |
Sementara menunggu kawan-kawan datang, kami sempat ke carwash dulu menyucikan dash kami ini. |
 |
Sambil menunggu, inilah gelagat kami bagi menghilangkan bosan. |
 |
Sebahagian rakan-rakan yang telah selamat sampai. |
 |
Berborak, bertanya khabar antara satu sama lain tidak kira baru atau lama. |
Setelah semua selamat sampai, kami pun terus tidak membuang masa untuk masuk ke restoran di mana tempat duduk telah pun ditempah terlebih dahulu. Maklumlah, tibanya bulan puasa, sudah tentu seluruh restoran penuh dan sesak dengan pelanggan untuk berbuka bersama keluarga mahupun sahabat handai memandangkan pelbagai menu yang disediakan oleh pihak restoran dengan harga yang berpatutan.
 |
Perkara pertama, DAFTAR! ya itulah kami inginkan, daftarlah sebagai ahli DOC yang sah kerana banyak kelebihan bakal dinikmati. |
 |
Ni la Abam Bocah kita, pembaca doa untuk malam berbuka kali ini. |
 |
Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin |
 |
Tidak kira baru atau lama, kami tetap gembira dengan semangat 1Hati |
 |
Ha! Abam Dayat mengira bil sambil Abam Ahmad Fikri mengeluarkan duit dari begnya. Lumayan mas! |
Selesai saja berbuka puasa bersama, kami mengambil kesempatan ini untuk sesi bergambar. Memandangkan lokasi kami berdekatan dengan i-city, tidak sesekali kami melepaskan peluang untuk bergambar di situ.
 |
Aiyak! Kenapa tu Abam Irwan? macam stress tak cukup makan je? Hahaha! |
 |
Jom kita pergi I-city! |
 |
Tanpa diduga, Abam-abam SBK juga terkesima melihat DOC lantas sempat bergambar bersama untuk kenangan. Respect! |
 |
Sentiasa tersusun rapi. Cewah! |
 |
Segak bergaya Dash kesayangan kami ini. |
 |
Pemilik bersama Dash masing-masing. |
 |
We Proud With Our Ride. |
Hampir 20 minit sesi bergambar berlangsung, kami pun bersurai untuk meneruskan agenda masing-masing. Ada yang terus pulang ke rumah tetapi ada juga beberapa ahli DOC yang tidak puas dengan program sebentar tadi. Nak tau apa aktiviti mereka dan di mana mereka pergi? Jom kita tengok!
 |
Putrajaya! Betul-betul semangat kental kawan-kawan kita ni |
 |
Hilang rasa letih jika dapat bersama sahabat handai yang tidak jemu menggembirakan kita. |
 |
Trimas kepada Abam Yazid yang belanja kami. Kami doakan Abam Yazid sentiasa murah rezeki, Insyaallah aamiin. |
Dari berbuka hinggalah ke bersahur, kami berlapan bersama-sama bersahur di Presint 14, Putrajaya sebelum bergerak pulang ke rumah. Letih atau mengantuk tidak dirasai apabila seronok bersama kawan-kawan. Selepas saja bersahur dan berborak seketika, kami pun berpisah untuk pulang ke rumah.
Satu hari yang penuh barakah, dari Shah Alam hinggalah ke Putrajaya. Suatu aktiviti sihat yang dilakukan oleh ahli Dash Owner Club Malaysia bagi menjalinkan persahabatan yang tulus dan semoga diberkati Allah S.W.T insyaallah.
Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang yang dapat melebarkan sayap DOC serta pertalian persaudaraan antara satu sama lain. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kekusyukan dan keikhlasan, insyaallah.