Wednesday 31 December 2014

DOCMalaysia Mega Gathering, Melaka 2014




Assalammualaikum & salam sejahtera.. Kini kita pun semakin menghampiri  hari terakhir dalam tahun 2014 ini. Dan seperti agenda sebelumnya, kami pasti mengadakan gathering untuk ahli Dash Owner Club Malaysia bagi mengadakan perjumpaan disamping menguruskan persidangan untuk pemilihan pengurusan baharu bagi sesi 2015 - 2017.

Seperti yang dapat kita lihat pada gambar di atas, tersemat pelbagai sponsorship yang terdiri daripada KOYOKO & STT sebagai main sponsor untuk tahun 2014 kali ini. Manakala, HONDA EE TIONG, SGV HELMET, DURO, SPI EXHAUST, NAFASLUBE serta ALPHA ONE sebagai co-sponsor yang menaja pelbagai barangan untuk diberikan kepada ahli² DOC. Menarik bang! Hehehehe..

Macam retis, kami juga disnap² oleh ROADSTAR sebagai MEDIA yang bekerjasama semasa mula hingga ke akhir event kami berlangsung di mana pihak mereka mengambil pelbagai gambar untuk disiarkan di dalam majalah mereka untuk sesi akan datang.

Tanggal 25 - 27 Disember 2014, maka bermulalah ceritera kami untuk penutup tahun 2014 ini di mana hampir semua ahli berkumpul di satu kawasan untuk bersua muka. 

Okay!! Malas berceloteh panjang lebar, jom kita layan sahabat² kita merembes di Melaka selama 3 hari 2 malam. Hahaha!














Menjadikan RnR SEREMBAN sebagai Rv Point, ahli DOC dari Central, Utara mahupun Pantai Timur pulas throttle sehingga sampai ke lokasi dengan keadaan selamat.

Setelah semua selamat sampai, serba sedikit penerangan tatacara berkonvoi yang diketuai oleh marshal yang bertauliah.

Tidak lupa juga, penyerahan baju NAFASLUBE untuk dipakai sepanjang konvoi berlangsung. Nampak menarik bukan? hehehe..

Selesai pengagihan baju, kami bergerak ke Melaka dengan lafas bismillahirrahmanirrahim..

















Lebih kurang 45 minit berkonvoi, kami berehat sebentar di RnR Ayer Keroh bagi mengisi petrol.. maklumlah kan.. tangki ciput! Hehehe!












Lebih kurang 30 minit diberikan untuk berehat & santai oleh kerana kami tidak mahu terburu-buru sampai ke destinasi. Itu bagi memastikan ahli² berkonvoi dalam keadaan berjaga² serta perut yang kenyang.. hehehehhe

Lebih kurang 45 minit, akhirnya kami sampai ke homestay kami iaitu di Homestay Wak Sidin di Paya Dalam, Melaka diikuti ahli dari Selatan juga selamat sampai. Tempat, memang menarik!! sunyi sepi sejuk uhmmmm grrr best wo!

Lebih kurang 15 minit, sedikit hebahan untuk para ahli sebelum memasuki homestay masing, agihan cenderamata dari para penaja & pelbagai lagi.

Pada sebelah malamnya, kami pula menerjah ke lokasi yang amat menarik bagi mengisi perut yang lapar.




















Alhamdulillah, 1 hari yang girang sekali. Sekarang masa untuk tidur! Jumpa anda esok pagi!

Hari ke-2, badan menggigil walaupun berselimut, mata pun turut sukar untuk dibuka. Apakah petanda ini? Apakah yang menyebabkan kami begini? Lalu saya pun menjengah ke luar jendela. Tudiaaaaaa!! hujan bak hang! Kihkihkih! Patut sedap bergolek² dalam selimut.















Hujan rahmat pada Jumaat pagi, alhamdulillah.. Sedap je berdengkur! kihkihkih.. Dengan turunnya hujan pergerakan kami agak terbatas & bernasib baik kami membawa XBOX bolehlah kami menghilangkan kebosanan di kala melihat titisan air hujan jatuh dari bumbung homestay.. Hehehe..

Sementara ada yang bermain, makanan pun sampai yang disediakan khas untuk kami oleh tuan homestay kami Haji Wak Sidin yang baik hati. Makanan yang disediakan licin setelah dimamah rakus oleh kami dek kerana kelaparan sebab hujan.. Wakakakaka..




Paling membuatkan kami terharu ialah ketibaan a.k.a terjahan oleh orang kuat Boon Siew Honda iaitu Mr. Koji Yasumatsu bersama keluarga tercinta. Beliau merupakan individu yang sentiasa menyokong Dash Owner Club Malaysia untuk terus memacu ke hadapan dengan sempurna.

Selesai makan & beramah mesra bersama Mr Koji, tepat pada waktunya untuk kami mengerjakan solat Jumaat di masjid berhampiran.

3.00 petang, hujan telah pun reda, kami bersiap² untuk menjelajah Melaka. Kalau hujan tak berhenti hari ini maka mereputlah kami di sini.. Hehehe..




















Setelah beberapa jam berjimba di sekitar Melaka, masa untuk pulang memandangkan sudah pun hampir maghrib. Selesai solat maghrib serta isyak, acara utama event ini adalah Annual General Meeting (AGM) bagi pemilihan pengurusan baharu bagi DOC.

Program yang diketuai oleh abam Yo Syam di samping AMT 2012-2014 membantu menyelaras acara malam ini bagi menjadikannya terurus.

Proses pengundian secara demokrasi & telus juga dijalankan pada masa yang sama bagi mengetahui siapakah yang diberi mandat oleh ahli² berdaftar Dash Owner Club Malaysia.

Sebelum memulakan AGM, nafkah perut jangan diabaikan. Nanti lapar susah nak fokus betul tak? Hehehe. So, kita makan dulu..











 Selesai makan, maka dengan rasminya AGM 2014 dimulakan..











Lebih kurang 30 minit berlalu, maka tamatlah proses pengundian & pemegang jawatan baharu bagi sesi 2015-2017 akan diumumkan sebentar nanti.

Tahniah diucapkan kepada pemegang jawatan baru!! Kalian Superb!! Kalian diamanahkan oleh ahli² kelab untuk menerajui kelab ini sehingga 2017. Buat yang terbaik!

Selesai penyerahan jawatan, tinggal 2 acara lagi pada malam ini iaitu penyerahan sijil penghargaan kepada penyandang jawatan 2012-2014 & akhirnya lucky draw! tengok hadiah memang jeles punyalah!! Terima kasih kepada para penaja kami kerana melengkapkan event kali ini dengan barangan yang ditaja! Mmmuahhh cikedd!





















































Malam kami diakhiri dengan ucapan selamat datang & terima kasih oleh penyandang jawatan baharu bagi sesi 2015-2017. Waktu menunjukkan hampir 2 pagi, masanya untuk kami berehat untuk menempuh pergaduhan manja pada esok paginya. Hehehe.. gaduh manja je tau..

Lebih kurang pukul 8 pagi, semua ahli bersemangat untuk bergaduh manja sesama sendiri.. Nak tahu apa yang kami gaduhkan? Jom!























Manja bukan? Kihkihkihkih! Memang menyeronokkan dapat beraksi seperti ini. Setelah selesai manja². Perut sudah menunjukkan tanda² meminta nafkah.. Jangan dilengahkan, kesian dia..

Sesi penukaran minyak hitam juga dijalankan selepas masing² selesai mengisi perut yang kosong.













Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, inilah waktunya untuk kami berpisah buat sementara waktu. Hati terasa sayu untuk berpisah sambil mengemas pakaian di homestay masing²..

Jangan risau brothers & sisters! chewaahhh! Ada rezeki & peluang kita berjumpa lagi okay! kalian SUPERB!

Jutaan terima kasih kepada KOYOKO & STT sebagai main sponsor untuk tahun 2014 kali ini. Manakala, HONDA EE TIONG, SGV HELMET, DURO, SPI EXHAUST, NAFASLUBE serta ALPHA ONE sebagai co-sponsor yang menaja pelbagai barangan untuk kami. Tahun depan sponsor lagi ye! Hehehehe..




*untuk melihat gambar-gambar lain boleh click di link ini (click here)
*untuk join group DOCMalaysia di facebook boleh click di link (click here)