Tuesday, 25 February 2014

MEGA TTS BBQ PORT DICKSON 15-16 Feb 2014

PD Most Wanted Yo! Ha ekau nk poie mano tu jang? jangan main jauh-jauh poit! Kek sini ado cerito baik punyo poit! humangai~ jang! ekau jangan lari meh sini poit! hahaha!

Assalammualaikum & salam sejahtera waghih-waghih semuo!! apo koba semuo, sihat? Alhamdulillah.. Ha! entri kali ini den nak cerito sikit ni ha poit tentang event yang dianjurkan oleh DOCMalaysia poit!  Den rasa ekau pun dah tahu kek mano kali ini DOCMalaysia buek event sebab loghat den pun boleh tahan nogorinyo poit! Hahaha! ha, inilah serba sedikit loghat dari Negeri Sembilan kalau ada yang kurang pasti dari mana asalnya loghat ini datang. Okay, untuk kali ini DOCMalaysia telah pun mengadakan suatu event iaitu MEGA BBQ Port Dickson pada 15-16hb Februari 2014 yang lepas. 

Bagi merancakkan lagi kalendar DOCMalaysia pada tahun 2014 ini, pihak kami telah bersetuju untuk mengadakan event seperti ini memandangkan banyak pendapat serta cadangan yang positif telah kami terima melalui TTS mingguan yang diadakan di setiap negeri yang bernaung di bawah DOCMalaysia.

Misi yang diterajui oleh abam Huzaifah Yatim serta urusetia yang telah dilantik bertungkus lumus bagi menjayakan event ini dengan pembabitan oleh ahli-ahli DOCMalaysia di seluruh Malaysia terutamanya dari negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang, KL/Selangor, Negeri Sembilan & juga Johor.

Dengan bayaran yang dikira cukup berbaloi iaitu sebanyak RM50, para ahli bakal menerima beberapa cenderahati serta menikmati pengalaman yang boleh saya kira tidak ternilai dengan wang ringgit Malaysia mahupun Dollar atau Baht! Hehehe! Dengan bayaran inilah para ahli akan disediakan dengan penginapan di homestay yang cukup selesa iaitu di PKNS Bayu Resort & sebuah lagi di kawasan berhampiran memandangkan kuota yang agak ramai. Juga untuk nafkah perut bagi 2 hari 1 malam tersebut segalanya telah termaktub dalam bayaran yang dikenakan serta pelbagai lagi kemudahan yang bakal mereka nikmati semasa event ini berlangsung. Ekau tak percayo laie cakap den? Humangai jang~ kalau ekau tak percayo, ekau bacolah sampai lobam cerito ni poitt! *ha terkeluar loghat nogori lagi.. hehehe! Waghih-waghih, jom kito layan cerito BBQ ni poit! 

Wait! Wait seminit poit! Haha hamboi! Den terlupo poit! Pada 15hb Februari 2014 bersamaan hari Sabtu juga merupakan hari berbahagia bagi salah seorang ahli DOCMalaysia iaitu abam Kasri Harlili (kalau ekau ingat penyanyi "Mimpi dipatuk Ular" tu ha jang kek Mentor dulu poit) dengan pasangannya iaitu Zanariah Nur Ain di Segamat, Johor.

Bagi memeriahkan majlis perkahwinan mereka, DOCMalaysia turut menghadiri hari berbahagia buat mereka berdua. Yang menariknya, homestay di Segamat nanti telah ditaja sepenuhnya oleh abam Kasri Harlili kita. Trimas diucapkan kepada beliau atas tajaan yang diberikan.

Okay waghih! jom kito sambung cerito BBQ ni poit! Zass~


Waghih-waghih dari Utara & Central berkumpul di RNR Seremban
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Segamat.
Doktor-doktor DOCMALAYSIA , sedang sibuk menyusun ubat-ubatan.

Lebih kurang 45 minit masa diambil untuk waghih-waghih DOCMalaysia berkumpul, bersiap sedia dengan kelengkapan serta serba sedikit sesi penerangan tentang tatacara menunggang motosikal di jalanraya dengan betul & selamat sebelum bergerak ke Segamat, Johor.

Tepat pukul 9.30 malam, konvoi DOCMalaysia bertolak ke selatan tanah air di mana homestay di Segamat yang ditaja oleh abam Kasri Harlili menanti mereka. Beberapa jam yang harus ditempuhi oleh mereka untuk sampai ke destinasi & alhamdulillah tiada sebarang masalah yang dihadapi sepanjang konvoi berlangsung.

15hb Februari 2014 - Sabtu, pagi yang indah serta permai membuatkan waghih-waghih DOCMalaysia bersemangat untuk menghadiri majlis perkahwinan abam Kasri Harlili bersama pasangannya Zanariah Nur Ain pada waktu tengaharinya. Kami dari DOCMalaysia mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan & kekal sehingga ke akhir hayat, Amin..


Sama cantik sama padan! Humangai~ One Heart Poit!

Sementara waghih-waghih DOCMalaysia rancak bergembira bersama kedua mempelai, urusetia event sibuk mempersiapkan segala kelengkapan memandangkan majlis kemuncak akan diadakan pada malam 15hb Februari 2014 itu juga.

Seperti yang dirancang, konvoi dari Segamat haruslah tiba di lokasi BBQ sebelum 8.00 malam oleh kerana DOCMalaysia tidak mahu event yang diadakan berasa tergopoh gapah & dengan berkat doa serta sifat persefahaman antara satu sama lain, konvoi dari Segamat selamat tiba 30 minit lebih awal dari yang dirancang sebelum ini.


Urusetia sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak malam nanti.
Chef Sugus yang dibantu oleh abam Nabil bersungguh-sungguh menyediakan masakan untuk waghih-waghih DOCMalaysia.

Setelah penat pergi ke pasar membeli bahan-bahan masakan, menyediakan makanan & sebagainya, semua urusetia sempat menghiburkan hati serta merehatkan diri dari keletihan dengan beriadah sebentar sementara menunggu waghih-waghih tiba dari Segamat.


Den tak nampok pun bola poit, pukul angin je ke jang? Hahaha!
Biso bonar! biso bonar! abam Nabil menyanyikan lagu Biso Bonar oleh Hattan yang kononnya ambil mood nogori katanya. Hehehe!
Penat berkaraoke & ping pong, santai sebentar dalam jakuzi.

Jam menunjukkan tepat pukul 6.00 petang. Tanpa membuang masa, para urusetia terus bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang ingin digunakan pada malam ini. Setiap urusetia telah diberikan tugas masing-masing bagi melancarkan setiap pergerakan pada malam tersebut.


Perkara utama yang dilakukan ialah dengan menyalakan bara untuk operasi BBQ.
Ketibaan waghih-waghih ke homestay PKNS Bayu Resort.
Uncle Ijad berusaha sedaya upaya beliau untuk menyala bara. Steady la!
Baju den botingkek-tingkek! ekau nak ko? bayar dulu poit! Hehehe!
Waghih-waghih mendaftarkan nama bagi mendapatkan cenderahati.

Selesai sesi pendaftaran nama di mana semua waghih-waghih DOCMalaysia telah menerima sehelai baju untuk dipakai pada malam tersebut & beberapa keping sticker, mereka pulang sebentar ke homestay bagi merehatkan badan yang penat meredah perjalanan lebih kurang 3-4 jam dari Segamat.

Sebelum majlis bermula, hujan pun sempat membasahi bumi Port Dickson menandakan rezeki yang diberkati Allah SWT kepada DOCMalaysia. Tanpa memikirkan kebasahan atau kepayahan, para urusetia giat meneruskan tugas masing-masing.


Tetap gembira walaupun hujan membasahi diri.

Lebih kurang 30 minit, hujan pun mula reda. Para urusetia dengan tangkasnya menyediakan segala kelengkapan untuk majlis malam tersebut seperti kerusi & meja untuk keselesaan ahli-ahli DOCMalaysia yang hadir. Jam 9.00 malam, semua waghih-waghih DOCMalaysia menghadirkan diri dengan berpakaian t-shirt yang sama setelah menerimanya semasa sesi pendaftaran beberapa jam yang lepas. Maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, MEGA TTS BBQ PORT DICKSON 15-16 Februari 2014 dengan rasminya bermula.


Tekun & kusyuk den tengok ekau ni jang berBBQ ni ha.. Hehehe
Wah! Penampakan 'saka' sedang menyengih kegembiraan menanti habuannya! Wakakaka!
Hot Dog ado! Ayam pun adoi poit! Humangai nampok sodap poit!
Yahh!! Den tengok semuo happy poit! maklumlah makanan sodap poit! Hahaha!
Ni namonya bertembikai seriramo poit! sodap ko poit?! Hehehe!
Abam Amirul bersamo abam Lan tersonyum leba den tengoknya ha poit!
Jom makan apo laie ditunggunya jang!
Den tengok budak ni sojuk mato momandangnya.. 
Golagat omak molayan anaknya.. 
Ekau ingat semuo bujang ko poit? ado yang dah ado family poit! Steady Aboh!
Cukup ekau sonang hati yo jang bilo mentokodaghah! Hahahaha!
Humangai jang~ Selang kaki poit ekau sosah makanan tu.. kuikuikui
Abam Bocah bersama dengan anak kesayangannya.
Jangan bergadoh poit! Ayam banyak lagi tu ha jang! Hehehe
Humangai~ bukan main sodap ekau molantak ayam tu! Ummpphhh sodap!
Jang oh jang! den dah koba tadi, jangan luas sangat mulut tu poit! kan dah kono! Hahaha!
Bukan main tokun den tengok budak-budak ni molayan lagu WARIS tu, "duit den botingek-tingkek!"
Abam Bob cukup berpuas hati dengan layanan serta hidangan yang disediakan.

Selepas selesai memberi nafkah pada perut-perut yang kelaparan sebentar tadi, maka tibalah masanya pula untuk sesi ucapan dari wakil  negeri masing-masing serta suai kenal antara satu sama lain memandangkan ada yang masih baru di dalam DOCMalaysia.


Antara ahli yang kusyuk mendengar ucapan.
focus poit! focus!
setiap ocapan dogheh masuk ko tolinga masing-masing poit! Hehehe
Ucapan yang diberikan oleh wakil Utara, abam Bob.
Ahli-ahli dari Johor. Steady bro!
kolakar bonar sampai tersongeh-songeh den tengok! Hahaha!
Inilah Ayahanda Kerol, panggilan oleh anak-anak buahnya dari Johor Darul Takzim.

Selesai sesi ucapan serta suai kenal antara satu sama lain, tidak cukup sesuatu event itu jikalau tidak ada sesi bergambar. Macam ambil gambar keluarga tu! Hehehe! Ini pun dikira keluarga, keluarga besar DOCMalaysia!


Ado yang sompat golak ha poit! insiden yang cukup kelakar masa itu.
We Proud With Our Ride! 

Ha! Bergaya bukan keluarga DOCMalaysia? Hehehe! Sambil santai & bergambar, kami masih menunggu sekumpulan kecil dari Johor yang bakal tiba untuk menyertai kami oleh kerana ada beberapa hal yang harus diselesaikan oleh mereka terlebih dahulu. Lebih kurang 45 minit menunggu, Alhamdulillah, mereka tiba dengan selamat & sejahtera poit! Hehehe!


Gwiyomi! Gwiyomi! Apo toroncat akal ko poit?! Hahaha! Sempoi je abam Bocah.
Alhamdulillah, kedatangan yang ditunggu-tunggu telah selamat sampai.
Hamboi! Bukan main lagi abam-abam DOCMalaysia berposing!
"This Is Us!" kata abam Bob..
Sesi pendaftaran sebagai ahli berdaftar DOCMalaysia sedang dijalankan.
Macam-macam gelagat dilakukan oleh abam-abam ni. Hehehe!

Alhamdulillah, setelah semua urusan selesai maka aktiviti-aktiviti santai pula mengambil tempatnya. Jom kita lihat apa yang mereka lakukan.

Ramai yang kata mereka ni pro main ping pong walaupun 16 tahun lamanya tidak bermain. Ish!
Ping pong ado, karaoke pun ado poit! ekau pilih yo mano ekau minat poit! Hehe!
Ha sosah jang! sosah! bukan tengok yo jang oi~ Hahaha!
Abam Pirana dari Penang mendendangkan lagu oleh Hetty Koes Endang. Sodap dio nyanyi poit! Hahahaha!

Aktiviti yang berlarutan sehingga lewat malam & berakhir pada pukul 2.00 pagi itu ditangguh buat seketika memandangkan waktu untuk berehat pun tiba oleh kerana ada lagi aktiviti-aktiviti pada esok paginya iaitu sukaneka! Nak tahu apa jenis sukaneka yang dimainkan? Jom kita tengok!


Seawal 7.00 pagi, kami bersiap sedia untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak DOCMalaysia.
Ada yang sempat mandi manda sementara menunggu semua ahli hadir.
Ekau dok tengok apo poit?! Den congkel mato ekau kang jang! Hahaha!
Wajah kegembiraan setelah puas berkuak lentang di pantai sebentar tadi. Hehehe!
Muka-muka excited & tidak sabar untuk menyertai sukaneka sebentar nanti.
Jejaka Malaya, abam Rosyam Nooooooooorr! 
Kelibat abam Jepa yang dinanti-nantikan oleh ahli-ahli DOCMalaysia.
Abam-abam kita sedang mengambil nombor untuk menetapkan kumpulan masing-masing
Antara kumpulan yang dijangka memberikan saingan yang sengit kepada kumpulan-kumpulan lain. 
Yah! Lari dalam guni! Heheh! Muat atau tidak, belakang kira! Hahahaha!
Lompat! Lompat! ha lompat!
Humangai~ berdosup dogheh ekau lompek jang! Hahaha!
Menanglah kononnya tu? Hahahah!
Wajah & perasaan gembira setelah selesai acara lari dalam guni.
Acara ke-2, bawa bola ping pong dalam sudu! Hehehe!
Op! Op! Ayahanda Kerol cuba mengimbangi bola di sudu milik beliau.
Relax & steady je abam kita sorang ni, mesti selalu main kan? Hehehe!
Tudia! Kemenangan hak milik kekal abam Bocah walaupun tidak perasan bola jatuh! Wakakakaka!
Acara ke-3, Bowling Padang a.k.a Bowling Pantai.
Abam Lan focus dengan balingannya. Fushhh!
Kebiasaanya 10 pin, tapi kami menggunakan hanya 1 pin. Hehehe!
Hamboi! Excited bebenor abam Pirana kita ni! Hahaha!
Acara terakhir & yang ditunggu-tunggu iaitu tarik tali! yeahhh!!
Arahan sedang diberikan oleh jurulatih terkemuka Penang, abam Okuma!
Para penyokong menanti dengan penuh kegembiraan.
Abam Rosyam Nooooooooor kita tampak bersemangat walaupun dalam hatinya musykil dengan keputusannya nanti. Hahahaha!
Inilah para pengadil yang penuh bersemangat jitu memastikan setiap acara berjalan lancar.
Tersongeh riang den tengok. Kito tengok nanti sapo yang songeh sapo yang nangeh! Hahaha!
Pelbagai idea sedang dibincangkan untuk kemenangan kumpulan masing-masing.
Uncle Ijad sentiasa bersedia untuk memulakan acara terhangat ini.
Tarik jang! tarik! Humangai~ ekau songeh ko nangis jang? kihkihkihkih!
Huhai~ Monoran bonar den tengok abam Hasbu kito ni ha! Grrr!
Ha! kan den koba tadi. Kompom ekau tak songeh lagi jang! ha padan muko ekau jang! Hahahaha!
Rasa terharu kerana banner ini ditaja oleh MKA CREATIVE. Trimas!
Ha tolontang dah ekau.. Ponek bonar la tu.. Hahaha!
Mintak nyawo! Mintak nyawo! Hahahah!
Berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan antara satu sama lain.
Walaupun kalah tetapi tetap gembira kerana dapat bersama-sama mengharungi cabaran.
Inilah Juara bagi acara tarik tali kali ini. Syabas beteh!

Amacam? Seronok bukan? Hehehe! Selesai acara sukaneka, kini mereka diberikan masa untuk melakukan aktiviti bebas sesama sendiri bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.


Ada yang santai..
Yeahhh! Sampai 2 hamper ekau sosah yo jang! Sonyum leba! Hahaha!
Ada yang duduk tersongeh 24 jam den tengok.. Huahuahuahua!
Alo sopan bonar den tengok ekau ni jang.. Hehehehe!
Abam Hasbu bersantai sambil diperhatikan oleh isteri kesayangannya, Kyla Ano!
Abam Bob tersongeh sorang-sorang melihat video yang dirakamnya sebentar tadi.
Ekau main bola pantai ko bola koranjang jang? poning kepalo den ha poit!
Ha yang ni sesi mendera sebab den raso ekau tak tahu boronang kan jang? Hahaha!
Humangai~ Banana Split poit! Eh silap banana boat! Hehehe!
1 kocik 1 bosar, samo-samo sonyum lebar~! Hehehe!
Ha! Ekau bawak la poie jauh-jauh sinun poit! Hahahah!
Suko bonar ekau yo~ Hehehe!
Pengalaman bersama yang tersemat rapi di jiwa waghih-waghih..
Ponek beraksi, apo laie jom mentokodaghah poit! Hahaha!
Jiwa kebapaan jelas terpancorrrr di wajah uncle Ijad! Hehehe!
Humangai~ molonsit poit!
Santai bersama sambil menikmati permandangan pantai yang tenang & indah.
Chef Sugus santai sambil memerhati waghih-waghih mentokodaghah masakan beliau..
Tulang belakang di sebalik event ini, abam Jepa! Khidmat yang terbaik poit!
Lepas santai di pantai, kami santai pula di kolam renang di PKNS Bayu Resort! 
Berebut-rebut nak bergambar! Hahaha!
Tidak kira umur, pangkat atau darjat. Kami sekolam bersuka ria bersama-sama!
Nak poie motong gotah ko jang? Hehehe!
Tiba masanya aksi-aksi ghairah oleh waghih-waghih DOCMalaysia ditunjukkan.
Ni aksi apo poit? Hahahah!
Spining gasing! kabushhh!!
Humangai~! kepalo junam dulu poit! berdosup!
fushhhhh!! macam masuk sukan olimpik!
Sempat laie tengok cito Crayon Shin Chan poit!
Aboh melayan gelagat anak kesayangannya. 
Apo laie tu jang? den suroh menyolam bukan tengok tv poiit! hahahaha!

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Waghih-waghih DOCMalaysia terpaksa berhenti dari bersuka ria bersama oleh kerana masa untuk check-out adalah pada pukul 1.00 petang. Lebih kurang 1 jam masa diperuntukkan untuk mengemas serta membersih segala keperluan yang ada memandangkan inilah masanya untuk berpisah buat seketika waktu bagi ke semua ahli DOCMalaysia di mana ada yang datang dari utara hingga selatan tanah air.

Berat mata memandangkan berat lagi beg dipikul poit! Hamboi! Hahahaha! Selesai urusan mengemas, kami semua sepakat untuk mengunjungi Dataran Teluk Kemang sebentar untuk bergambar bersama-sama.

Dan dari sini juga kami terpaksa berpisah dengan ahli-ahli dari Johor manakala kami dari central bersama-sama ahli-ahli dari utara bergerak ke arah bertentangan dengan mereka. 


Antara banner-banner yang mewakilili negeri masing-masing.
Honda Wave Dash tetap di hatiku!
Deretan dash yang menggemparkan Dataran Teluk Kemang.
Milah tipon ekau ko Mamat? Hahahaha!
Inilah sebahagian dari keluarga DOCMalaysia.
Sahabat dari DOC Northern Region.
Abam & akak dari DOC Central.
Ahli gerak gempur dari DOC Southern Region.

Menjadi tarikan masyarakat setempat buat seketika.

Alhamdulillah jang, selesai sudah sesi bergambar bersama keluarga DOCMalaysia untuk kali ini. Dengan ini, maka tertutup sudah tirai untuk MEGA TTS BBQ Port Dickson 15-16 Februari 2014 pada tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi, semuanya yang dirancang berjalan lancar tanpa ada sebarang keburukan yang tidak diingini. Den mewakili penganjur, urusetia serta DOCMalaysia khususnya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya selama event ini berlangsung terdapat kekurangan dari kami, terkasar bahasa serta layanan yang tidak memuaskan harap diampunkan. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Insyaallah, adoi laie di maso akan datang poit! Kito buek laie havoc poit! Dash den botingkek-tingkek! Hahahaha!

Apa yang DOCMalaysia harapkan dari anda semua adalah komitmen serta kerjasama yang ikhlas untuk menjadikan kelab kita terus membangun di masa akan datang serta lebih dikenali masyarakat. 

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, kami semua terpaksa berpisah memandangkan masih jauh lagi perjalanan buat sahabat handai kita yang tinggal di utara serta selatan tanah air. Pelukan serta salaman diiringi kata-kata semangat diucapkan kepada antara satu sama lain menandakan betapa sedih & pilunya hati untuk berpisah. Namun apakan daya, masa mencemburui kita. Ado maso kito jumpo laie poit! 


Ular yang sangat berbisa diperkatakan oleh ahli-ahli DOCMalaysia. Hahaha!
Azroy bersama Azura tetap bersatu! Ku~ jejak~
Awie!! Eh bukan, inilah abam Faisal dari Kajang, Selangor.
Sahabat dari DOC Northern Region, abam Bob & abam Pirana.
Kembar kepada ular sebentar tadi, boleh tahan bisa dia poit! Wakakaka!


Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Dataran Teluk Kemang, konvoi yang menghala ke utara berhenti seketika di R&R Seremban bagi mengisi perut yang kelaparan akibat memerah keringat semasa acara sukaneka sebelum ini. 

Bagi DOC Southern Region pula, mereka sempat menerjah serta mengunjungi sahabat-sahabat di Melaka sebelum pulang ke rumah masing-masing. Suatu ikatan persahabatan yang tidak dinafikan lagi. Sungguh erat! sungguh akrab! Hamboi emosional pula den poit! Hehehe!


Berhenti seketika untuk memberi nafkah pada perut kesayangan masing-masing.
Masih membincangkan tentang kekalahan semasa sukaneka ke abam Nabil? Hehehe!
Bismillahhirrahmanirrahim, jom makan! Omnomnomnom!
Muka riang ria macam hari raya je kan.. Hahahaha!
Sambil makan sempat beli stickers poit!
Solo rider dari DOC Northern Region. Respect abam Okuma!
Muka-muka kepuasan selepas melempiaskan nafsu makan di R&R Seremban! Wakakaka!

Lebih kurang 30 minit masa untuk makan serta berehat sebentar, konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.


Abam Sugus! Den tak nampak muko ekau poit!
Abam Sugus cukup berbahagia bersama si purple miliknya. So sweet!
Seia sekata, bukan kelajuan yang diinginkan akan tetapi pengalaman yang diperlukan.
Deretan konvoi yang cukup berdisplin serta mengikut undang-undang.
Satu-satunya rider perempuan untuk kali ini. Respect dari DOCMalaysia untuk abam Haikal! Eh silap akak Eika. Hehehe!
DOCMalaysia sentiasa mencari ruang serta peluang untuk menerjah ke tempat anda. Nantikan kehadiran kami!

Lebih kurang 2.00-3.00 pagi, ke semua konvoi selamat sampai termasuk la dari Southern Region serta yang paling jauh iaitu Northern Region. Trimas diucapkan kerana pembabitan anda semua dalam event kali ini secara langsung atau tidak langsung yang dikira sangat menggembirakan bagi semua pihak & jutaan trimas kepada CREATIVE MKA atas tajaan banner kepada DOCMalaysia serta ubat-ubatan yang ditaja sepenuhnya oleh abam 2 Ringgit a.k.a Garpu Tala, abam Paan Sampan & cik Eika.

Majoriti ahli DOCMalaysia amat berpuas hati dengan event yang dianjurkan & berharap event seperti ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi silaturrahim sambil menunjukkan kepada masyarakat setempat betapa untungnya menyertai DOCMalaysia serta semangat setiakawan antara satu sama lain yang dapat dilihat semasa sesuatu program atau event yang dianjurkan.

Nantikan event seterusnya dari kami, DOCMalaysia & jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli yang sah untuk menikmati pelbagai faedah. We Proud With Our Ride!


*Untuk melihat gambar selebihnya boleh klik di sini.