Boom! Doom! Boom! Doom! Doom! Doom! Gong Xi Fa Cai!! Xin Nian Kuai Le!! Sorry bunyi je ada tarian singa takde! hehehe!
Assalammualaikum & salam sejahtera! Ha! mungkin ramai yang menanti entri terbaru dari kami, DOCMalaysia betul tak? Heee! Jadi, Pada tahun ini tirai 2014 dimulakan dengan suatu konvoi yang diaturkan oleh DOCNorthern Region dari utara di mana mereka membuat gabungan bersama Honda Wave Club (HWC) Utara dengan berkonvoi bersama-sama ke Taiping, Perak bagi meraikan cuti Chinese New Year yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia saban tahun pada 1 Februari yang lepas.
Tahun 2014 merupakan Tahun Kuda berelemen kayu bagi masyarakat Cina di mana mereka menganggap tahun ini merupakan tahun "Kejayaan & Kebahagian". Yang pasti, pasukan gerak gempur dari DOCNR menggunakan jentera Honda Wave Dash bagi menggantikan kuda memandangkan kuda dilarang sama sekali untuk berada di atas highway betul tak? hehehe
Tanpa membuang masa, ayuh kita pasang kekuda untuk melayari bahtera ceritera kali ini untuk tatapan semua..
 |
Rv Point Utama di RnR Juru. Sabar menanti rakan lain dari Perlis, Changlun serta Alor Setar. |
 |
Nampak tu? Sampai pergi konvoi pun abam Bob kita bawa galah! hahaha! |
 |
"Berhenti di R&R Gurun & Taiping untuk berehat dan isi minyak. Panas wooo!" Bak kata abam Bob dalam email DOCMalaysia. Hehehe! P/S: masih terlihat kelibat galah tersebut! ngeh ngeh ngeh! |
 |
Hi abam Bob! Nak limau! Hehehe |
 |
DASH milik abam Bob kita. Segak! |
 |
Kelibat Leader Perak, Abam Lan Nikon (bukan pengasas kamera nikon) di sisi abam Sang Pirana (bukan pengarah filem Piranha 3D) sempat bergambar sebelum menanti habuan makanan masing-masing. Hehehe! |
 |
Sekali lagi penampakan wajah comel abam Bob sementara sabar menunggu makanan masing-masing, |
 |
Ha tudia! Mereka pekena Mee Udang di Kuala Sepetang pada petang tersebut. Tengok udang-udang tu, banyak! Uishhh kecur air liur sambil menaip ni. Hahaha! |
 |
Tanpa membuang masa, bismillahirrahmanirrahim. Ngap!! |
 |
Sempat mengabadikan kenangan di hadapan kedai Mee Udang Kuala Sepetang. |
 |
Jelas terpancar wajah kekenyangan di situ :) |
 |
"KENYANG PERUT SUKA HATI!!" |
 |
Peace sana! Peace sini! |
 |
Misi memasang banner antara DOCNR & HWC Utara. |
 |
Tadaa!! Segak bergaya bergambar di hadapan banner kelab. |
 |
Ookay~~ Yang tu dah kenapa ya? Huaaaaaa!! |
 |
Macam-macam model ada, semuanya jenama HONDA! |
 |
Inilah pasukan gerak gempur dari DOCNR & HWC Utara. Terbaik! |
Maka, selesai sudah program untuk kali ini. Diharapkan jalinan antara kita sesama kelab dapat dieratkan lagi menerusi aktiviti-aktiviti serta program yang bakal diadakan di masa hadapan, insyaallah. Jumpa lagi!
Terbaik!
ReplyDeleteThanks and I have a tremendous supply: How Much Home Renovation Can I Afford average home renovation cost
ReplyDelete