Monday, 7 April 2014

CubPrix Batu Kawan bersama Samurai Paint

            Assalammualaikum & salam sejahtera! Sudah lama kita tidak meluangkan masa bersama kan sayang? Hehehe! Okay, entri untuk kali ini kami dari DOCMalaysia ingin berkongsi cerita tentang kolabrasi antara DOCMalaysia & Samurai Paint di mana pihak mereka berminat serta bersetuju untuk menaja kami untuk tahun 2014 ini. Trimas diucapkan kepada Samurai Paint! Tanpa membuang masa jom kita layan cerita kali ini.

              6 April 2014, Ahad - Hari yang amat ditunggu-tunggu oleh semua pemilik motosikal khususnya bagi menyaksikan CubPrix Musim ke 21 untuk tahun 2014 ini di mana perkarangan Stadium Batu Kawan dijadikan lokasi pertama perlumbaan saban tahun.

                Bagi membuka tirai CubPrix tahun ini, DOCMalaysia amat bertuah kerana telah menerima tajaan spray oleh Samurai Paint di mana setiap lokasi CubPrix yang diadakan di seluruh Malaysia kami bakal ditaja oleh pihak mereka. Menjadikan CubPrix Batu Kawan sebagai titik tolak permulaan kolabrasi antara kami, kami terus memberikan kerjasama sehabis baik memandangkan bukan mudah untuk menerima tawaran sebaik ini.


Antara ahli DOCMalaysia yang berminat untuk menukar warna lama kepada warna baru.

Tanpa membuang masa, abam Pirana kita tangkas membuka apa yang patut. Jangan gelojoh tau! Hehehe!

Jentera milik abam Bob Safuan kita sudah sedia untuk di'make over'


Siap untuk bertukar wajah!

Masing-masing sibuk dengan jentera mereka. Kusyuk!

"Ya! Ya! Ini merah manyak cantik wo!" kata wakil dari Samurai Paint kepada mereka. Hahaha!

"Abam, sayang nak warna pink tau! pink!" hahahah!

Trimas kepada Panjang & Samurai Paint kerana memberi kami peluang ini. Terbaik bak hang! nahoii!

               Sambil mereka kusyuk make-over jentera masing-masing, tidak lupa juga dengan perlumbaan yang sedang berlangsung. Untuk tahun ini pelumba dari HARIAN METRO Y-TEQ SCK HONDA RACING iaitu Norizman Ismail bakal menggunakan jentera baru iaitu Honda Wave Dash 2. Ini adalah model baharu gantian kepada Wave Dash yang pertama dulu.

            Bukan sahaja dengan jentera baru, malah team kali ini menggunakan warna baru yang menampakkan jauh lebih bersemangat serta matang.

Norizman Ismail, fokus terhadap perlumbaan yang bakal dimulakan pada bila-bila masa.

Juara milik Zaqhwan Zaidi! Tahniah!

Zaqhwan Zaidi dari Yuzy Pachie Team telah merangkul Juara untuk pusingan pertama bagi musim 21, 2014 ini & menjadikan Norizman Ismail tempat ke-2. Walau apa pun, Dash tetap no 1! Hehehehe!







           Tahniah! Tahniah! Tahniah! Yeahhhhhh.. So, kita nantikan pusingan seterusnya di lokasi yang berlainan dengan cerita yang berbeza.. babai!

No comments:

Post a Comment