Wednesday, 23 April 2014

FREERIDER MEGA CHARITY RIDE to RUMAH KASIH SAYANG

Assalammualaikum & salam sejahtera! Dalam kesenangan serta kegembiraan yang kita kecapi jangan lupa tentang orang lain yang tidak dapat merasai apa yang kita nikmati hari ini. 20 April 2014 - Ahad, DOCMALAYSIA serta kelab-kelab lain telah menyahut seruan dari komuniti FREERIDER bagi menjayakan suatu program yang dikenali sebagai FREERIDER MEGA CHARITY RIDE TO RUMAH KASIH SAYANG (RKS) bagi mengumpulkan dana sebanyak RM100,000.00 untuk membantu pembangunan & pembiayaan RKS ini.

Sedikit informasi tentang Rumah Kasih Sayang (RKS) adalah sebuah rumah kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan sebagainya. Ia ditubuhkan pada awal tahun 2005. Mempunyai 7 lot buah rumah dan 2 lot daripadanya adalah rumah wakaf.

Menempatkan lebih 102 orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan anak yang terbiar menjadi penghuni di sini.

Lokasi yang terletak di Rawang, Selangor ini bakal menyaksikan kedatangan ratusan insan dari pelbagai kelab motosikal & kereta dengan berbagai latar belakang yang berniat suci dengan motif ingin meringankan beban penghuni rumah tersebut.

Lebih kurang sebulan lebih persiapan dilakukan seperti rangka kerja, mesyuarat yang diadakan setiap minggu yang dipengerusikan oleh wakil FREERIDER & dihadiri oleh wakil setiap kelab bagi menjadikan program ini berjalan lancar seperti yang diinginkan tanpa ada sebarang cacat celanya.

Tanpa membuang masa, mari kita hayati perjalanan 1 hari ini yang memberikan seribu impian & makna kepada penghuni Rumah Kasih Sayang ini.


Wakil dari kami yang menjadi tonggak penting dalam program ini. MACHO!

Antara barisan motosikal  yang dapat ditangkap oleh lensa cameraman kami.


Yeahhh!! masing-masing bersemangat untuk menjayakan program ini.
Bersiap sedia untuk bertolak ke RKS! Gentleman, start your engine! vvvvvrooommm!!

Menjadikan Masjid Wilayah Kuala Lumpur sebagai RV Point untuk program ini bagi memudahkan peserta konvoi berkumpul baik dari KL, Selangor atau kawasan luar. Seperti yang ditetapkan, pukul 9 pagi para peserta sudah mula berkumpul dari pelbagai kelab tidak kira motosikal atau kereta.

Lebih kurang 1 jam diperuntukan untuk mengumpulkan keseluruhan peserta sebelum konvoi akan bermula pada pukul 10.15 pagi. Setelah selesai urusan pendaftaran peserta serta pengagihan baju, kami semua menantikan seorang ikon bola sepak negara iaitu Safee Sali bersama isteri & juga beliau merupakan duta kepada jenama motosikal SYM. Jika anda perasan di beberapa jalanraya terdapat signboard SYM dengan wajah Safee Sali bersama motosikal SYM dengan tagline Safee Yang Menunggang! hhhaaaa gittew! Meletops uolsss!

Setelah beliau sampai, beberapa abam Polis juga turut membantu kami dalam perjalanan konvoi untuk menjadikan laluan kami ke RKS sentiasa lancar tanpa sebarang gangguan trafik.


Kami sudah sampai di RKS!!

Wwwuuu banner kami tersergam MACHO di situ.. i loike!!

Dari V1 ke V2 terus ke Superbike di sebelah kami. WOW!

Yeahh ni la dia SYM!! walaupun bukan semua motor ini Safee Sali yang menunggang. Hehehe!

Macam-macam jenis motor boleh jumpa di sini. Rasa macam autoshow pulak kan.. hahaha!

MR BEAN!! eh bukan la, ini kelab Mini Cooper Malaysia la abam oi.. alo tomei tomei :p
Lebih kurang 1 jam kami berkonvoi dari Masjid Wilayah Kuala Lumpur - Rumah Kasih Sayang, Rawang Selangor, kami selamat tiba dengan jayanya tanpa mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini. Trimas juga diucapkan kepada abam-abam Polis yang escort kami ala-ala macam Judge Dredd tu! phew mantop der! THUMBS UP!!

Selesai menyusun kenderaan kami, kami diajak untuk berpoco-poco kot? errrr joget lambak? shuffle? uhhh zapin? uuhmmm sehati berdansa maybe? oohh tidak!! lembut sikit la, senamrobik boleh diterima pakai kot.. hehehehe!

Nak tengok gelagat yang mencuit hati? jom kita!

Inilah dia taiko kami, Kak Pinky Pink yang sweet! Beliau yang guide kami berdansa!

Ada macam Dragonball tak? kame kame haaa!! haaaa amekaw!! hahaha! 

Okay sekarang mode zapin activated! lemah gemalai gittew!

Okay yang ini style macam nak berkawad atau perbarisan sukan tahunan sekolah tu.. excited bukan main abam-abam kita! hahahahaha!
Safee! Safee! mana motor? eh parking tepi la kan.. hehehehe! sporting dia ni siap join joget lagi haa..

bro lu apahal bro? tension ke tengok Safee menari zapin? Hehehehe

Haaaaa patut bro tadi tu tension, tengok ni ha bukan main asyik lagi ber... eh ni tarian apa ni? haa saukkkk!! yang belakang tu mungkin buka bunga silat kot.. Hahahahaha

Yang ini merupakan pelopor tarian terkini. Berlenggang kangkung bersama monopod! Ohhhh Papa Yat!


I believe i can fly~ i believe i can touch the sky~ ahhh sudah la abam Arep. Suka sangat karaoke! hahahaha!

Hamboi abam Ezuwan kita. Sakan nampak.. Hahahaha!

Safee Sali membaca doa apabila selesai mengikuti kelas 13 jenis tarian oleh Kakak Pinky tadi tu. phew goyang lutut! 

Selesai sehati berdansa selama 15-20 minit, kini tiba masanya untuk sesi pendaftaran para peserta konvoi..

Okay, para petani baru balik dari sawah bendang mengutip hasil untuk dijual ke peraih.. hehehehe!

Kembar tak seiras! macam belangkas kalau jumpa.. Hahahaha!
Alhamdulillah, setelah selesai merampingkan pinggang bergelek sakan bersama Kakak Pinky Pink & kini program sebenar akan bermula sekejap lagi. Dengan pembuka bicara oleh wakil FREERIDER selaku tonggak utama program ini maka pelbagai acara dimulakan secara serentak & berperingkat.

Setiap kelab dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melakukan aktiviti-aktiviti berlainan memandangkan setiap acara memerlukan kelebihan yang ada pada setiap peserta.


Ya, Selepas ke sawah bendang, Mak Cik Kaka terus mencabut rumput, lalang, sawi & bayam yang ada di sekitar rumah.. Heheheheh! Rajin betul!
Di segala pelusuk rumah harus dibersihkan dari anasir-anasir kekotoran baru selesa untuk dihuni.. Hehehe!

Ha! yang ini Safee Sali Jr bersama Safee Sali Sr bergambar bersama.. bibir tu kenapa Papa Yat?

Manakala di kawasan yang berlainan, acara lawan bertentang mata.. eh bukan.. lawan gusti lengan la.. 

Hebat! sebelah tangan genggam telur sebelah lagi bergusti! Ibarat pepatah melayu, "Genggam telur biar sampai jadi telur dadar!" hahahah ke laut!!

Abam Manok memang gagah perkosa perkasa! saingan sengit!

Yooo! abam besi vs abam bob kasi pecah redah! yang ini pun saingan yang sengit!
Kalau nak tahu ini bukak sesi uji ketahanan kerusi ya. Ini cabaran merebut kerusi! heheheh

Untung siapa yang dapat team dengan abam Safee!

Tu tolong betulkan kain pelekat Safee Sali ke main galah panjang? haiyaaaa! hahahah!

Haaa, pelbagai acara diadakan selama beberapa jam kami berada di RKS pada hari tersebut. Bermacam-macam ragam boleh dilihat ketika itu. Sangat menyeronokkan! Rasa puas hati dapat melihat senyuman yang terukir di wajah penghuni RKS ini. Alhamdulillah.

Selesai saja semua aktiviti, kini acara penyerahan wang kutipan dana oleh setiap wakil kelab bagi membantu RKS ini. Dengan sasaran sebanyak RM100,000.00 alhamdulillah tercapai oleh kerana banyak pihak yang sudi menghulur bantuan tidak kira dari perseorangan mahupun NGO. Pelbagai cara digunakan untuk menlonjakkan jumlah dana seperti boot bola, jersi & pelbagai lagi yang dijual oleh Safee Sali sendiri dalam sesi pembidaan.

Selesai acara penyerahan wang dana & membida, kini sesi penyerahan hadiah bagi pemenang acara yang diadakan serta cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi suasana ketika itu.

Setiausaha DOCMalaysia, abam Yo Syam menyerahkan sebahagian wang dana yang dikutip dari kalangan ahli DOCMalaysia bagi membantu RKS.

BAGUS! BAGUS! Timbalan Presiden DOCMalaysia menunjukan isyarat bagus atas kemenangan gusti lengan yang dimenangi oleh abam Kadok! 

Abam Manok & abam Kadok turut menerima cenderahati dari pihak SYM.
Muka ada rakus! Hahahah! Powerbank bro! hadiah cabutan bertuah yang dimiliki oleh abam Joe!

Santai di pinggiran padang. best! angin sepoi-sepoi bahasa pulak..

Muka maintain steady je walaupun ramai yang tidak dapat hadiah cabutan bertuah! hahahah

Macam baru selesai rewang je kan.. hahahaha! 

Cara abam Sugus melepaskan angin sungguh dramatik! syabas! hahahaha! Papa Yat memang tahan bau punya tu!

Penghibur hati kami, abam Don! sempat pinjam basikal dengan cara godaan terlampau terhadap adik di belakang dengan muka penuh keredhaan. ahahahaha!

Selepas basikal dirampas kembali oleh tuannya, abam Don terus merajuk! hahahah

Lebih kurang pukul 5 petang, maka program hari ini telah pun selesai dengan jayanya! Alhamdulillah syukur.. Trimas diucapkan kepada FREERIDER atas jemputan untuk menyertai konvoi serta membantu serba sedikit untuk meringankan beban penghuni Rumah Kasih Sayang ini agar mereka dapat terus menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan. Insyaallah, pada hari ini kita mungkin menggembirakan hati orang lain tapi di masa akan datang hanya Tuhan saja yang tahu, wallahualam.

Ribuan trimas juga kepada wakil-wakil dari DOCMalaysia yang bersungguh-sungguh menjayakan program ini sejak dari awal lagi yang tidak patah semangat untuk membantu yang memerlukan disamping menunjukkan kepada masyarakat kami ada cara tersendiri untuk membantu orang yang memerlukan.

Seperti biasa, TTS! yeahhhhh TTS sebentar di kawasan sekitar untuk berehat & berbicara tentang aktiviti yang kami lakukan sebentar tadi sebelum bergerak pulang ke lokasi masing-masing.

SMILE! abam Faisal kita memang sentiasa senyum! macam iklan Colgate! hehehehe!

Jangan biarkan hidup anda diselubungi missssteri! hahaha penat sangat la tu..

Wahhh! bertambah lagi keluarga DOCMalaysia! abam Kumar kita berhajat untuk menyertai kami sambil mendengar abam Kadok berbicara. Hehehe!

Yeahhh!! gambar kenangan kami bersama Safee Sali! Yeahhh Safee Yang Menunggan Dash! Hahahaha!

Yes! Yes! 1 lagi batu loncatan bagi kami untuk meluaskan empayar DOCMalaysia di seluruh Malaysia. Tiada yang merugikan menyertai kami bahkan banyak kebaikan serta kelebihan bakal dinikmati. "Kami sedikit tapi kami ada!" itulah kata-kata dari setiausaha DOCMalaysia, abam Yo Syam sambil memulas throttle Dash V2 miliknya.. Heheheh!

Insyaallah, banyak lagi program yang bakal menyusul untuk tatapan anda bagi membuka mata masyarakat bahawasanya tidak semua mat motor itu jahat!

Akhir kata, maafkan saya sekiranya sepanjang penulisan saya di dalam blog ini ada mengguris hati mana-mana pihak. Niat saya cuma lah untuk merancakkan & menghidupkan suasana di dalam penceritaan di setiap entri. Nanti tiada lah komen berbaur bosan sebab cerita macam novel kan.. hahahaa!

Sekian, trimas! Assalammualaikum..


*untuk melihat gambar-gambar lain boleh click di link ini (click here)
*untuk join group DOCMalaysia di facebook boleh click di link (click here)


No comments:

Post a Comment