31 Oktober-3 November 2013 merupakan tarikh konvoi buat kali ke-2 kami ke utara tanah air Malaysia iaitu Pulau Pinang yang disertai oleh lebih kurang 30 orang ahli dari selatan hinggalah utara. Pelbagai agenda yang telah disusun atur oleh pihak AMT bagi mewarnai setiap perjalanan dan aktiviti yang bakal dianjurkan di sana antaranya ialah melawat Kilang Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang yang baru sahaja dibuka.
Tanpa membuang masa lagi, jom kita ikuti setiap detik yang dianggap kenangan manis buat D.O.C Malaysia sepanjang 4hari 3malam kami di utara Malaysia.
 |
Jam 9pagi, sebelum konvoi bertolak Encik Hasbi perlu memeriksa setiap keadaan motor. Haa nampak tu macam periksa perbarisan je kn? teehee! |
Seperti yang dirancang, semua ahli yang menyertai konvoi dikehendaki berkumpul di RV point yang ditetapkan iaitu di R&R Jejantas Sg. Buloh sebelum 8.30pagi. Setelah semuanya sampai kami pun memberi nafkah perut dulu sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
 |
Maka, perjalanan ke utara Malaysia pun bermula.. |
Lebih kurang 9pagi, konvoi ke destinasi yang ingin ditujui pun bermula. Segala aspek keselamatan, tatacara berkonvoi telah pun diberitahu sebelum kami bertolak serta doa menaiki kenderaan pun telah dibaca bagi memohon keberkatan dan keselamatan sepanjang konvoi ini di atas jalanraya.
 |
Konvoi yang diterajui oleh Encik Kie, merupakan peserta dari Kluang, Johor.
|
Seperti biasa, kalau menunggang motor mesti la motor lahap petrol. Jadi, seperti yang dinyatakan di dalam tentatif konvoi, konvoi haruslah berhenti di setiap R&R di sepanjang lebuhraya bagi mengisi petrol walaupun RM1 bagi mengelak kehabisan petrol di pertengahan perjalanan konvoi D.O.C ke Pulau Pinang.
 |
Tudia, abam Dayat & abam Nabil tetap kacak bergaya walaupun sedang mengisi petrol. |
Seperti sedia maklum, setiap hujung tahun musim tengkujuh pun menghampiri kita dan ianya memang tidak boleh dielak sama sekali. Namun, walaupun cuaca yang sentiasa berubah-ubah dari panas terik hingga ke hujan lebat kembali semula ke panas terik di sepanjang konvoi berlangsung para peserta konvoi tetap meneruskan perjalanan dengan hati yang cekal kerana dengan satu tujuan, bertemu dengan sahabat di utara yang sedang menanti dengan penuh kesabaran di hentian Sg. Juru, Pulau Pinang.
Macam orang dahulu berkata, "malang tidak berbau". Kalau dapat bau, confirm awal-awal lagi kita dah tahu kan? Sebelum menghampiri susur masuk ke Simpang Pulai, salah satu motor peserta konvoi telah mengalami masalah yang menyebabkan kami terpaksa berhenti untuk menyelesaikan masalah itu. Nak tau apa masalahnya? haa lihat di bawah ni..
 |
Throttle Daniel Van Besi tercabut sudaaaaa!! |
 |
Macam biasa, semangat 1Hati para peserta membantu menyelesaikan masalah yang dialami walaupun ada yang saja interframe.. hehehe! |
Konvoi terpaksa masuk ke kawasan Simpang Pulai bagi mencari throttle baru yang harus diganti bagi meneruskan perjalanan. Agak pening dan runsing kami dibuatnya untuk mencari benda alah tersebut namun dengan berkat doa dan kesungguhan kami berjaya menjumpai satu-satunya kedai spareparts yang menjual throttle ini. Setelah selasai, kami menyambung kembali perjalanan kami ke utara.
Masa berlalu dengan pantas, perut pun menunjukkan tanda-tanda meminta nafkah. Konvoi pun berhenti seketika untuk memberi nafkah kepada perut-perut yang sedang berorkestra tu.
Selesai makan tengahari, kami pun menyambung kembali perjalanan kami tapi itu lah dikatakan dugaan yang tidak dijangka. Menghampiri hentian Bukit Merah, satu lagi masalah menimpa ke atas salah seorang peserta konvoi iaitu saudara Kie, kali ni bukan throttle tercabut tapi lain ceritanya.
 |
Hausssss! Inilah keadaan sprocket depan motor milik abam Kie. |
 |
Mujur ada di kalangan kami membawa 1set rantai & sprocket untuk digantikan pada motor abam Kie. |
 |
abam Kie bertuah menerima sentuhan professional oleh abam Wan Pari & Ahmad Fikri. |
Setelah selesai, kami pun menyambung kembali perjalanan ke utara di mana pasukan gerak gempur dari Northern Region
menunggu kami di hentian Sg. Juru.
 |
aku duk peratii jeaaa~ sahabat dari Northern Region gigih menunggu kami walaupun sedikit lewat disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
|
Lebih kurang pukul 7 malam, konvoi kami pun selamat sampai ke destinasi di mana ahli D.O.C Northern Region menunggu kami. Jelas terpancar wajah penuh keriangan dan kesyukuran di antara kami tatkala bersua muka setelah sekian lama tidak bertemu mahupun yang baru pertama kali berjumpa.
 |
Sempat bergambar sebelum bergerak ke homestay yang sedang menanti kami. |
Dah puas beramas mesra, kami pun mengorak langkah ke homestay di Kubang Semang untuk merehatkan badan setelah penat mengharungi perjalanan yang agak mencabar dari cuaca, emosi, fizikal mahupun teknikal.
 |
Homestay di Kubang Semang, inilah tempat tinggal kami untuk 4h3m ini. Cukup selesa dan aman. |
Setelah check-in homestay, para peserta konvoi pun merehatkan badan untuk mengumpul tenaga kembali supaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pada esok harinya.
Jumaat, 7 pagi, 1 November 2013 - para peserta konvoi bersiap sedia untuk mengikuti aktiviti yang telah dijadualkan untuk hari tersebut.
 |
Bersemangat dan rasa tidak sabar untuk agenda seterusnya. |
Agenda yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu melawat Kilang Boon Siew Honda yang baru dibuka Batu Kawan, Pulau Pinang. Selepas selesai sarapan, konvoi pun bertolak ke kilang tersebut bagi mengikuti aktiviti yang telah dipersetujui antara pihak Boon Siew Honda dan Dash Owner Club Malaysia.
 |
Sebelum masuk ke kilang, apa lagi bagi memory card camera full la! |
 |
Tudia~ D.O.C sudah sampai ke Kilang Boon Siew Honda yang baru! |
Seperti yang dirancang sejak awal, kami akan diberi sedikit taklimat mengenai kilang, tatacara bekerja di dalam kilang, aspek keselamatan dan pelbagai lagi tentang operasi di dalam kilang ini. Jom lihat apa aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di dalam kilang tersebut.
 |
Mendengar Mr Koji memberi ucapan dalam bahasa melayu. |
 |
Penyerahan plak penghargaan dari abam Yo Syam selaku wakil dari D.O.C kepada Mr Koji. |
 |
Penyerahan cenderahati dari pihak Boon Siew Honda yang disampaikan oleh abam YS. |
Sementara menunggu agenda seterusnya bermula iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan dimulakan pada pukul 4 petang, para peserta sempat menjelajah kawasan sekitar. Ada yang sempat membeli spareparts, coverset dan pelbagai lagi memandangkan harganya yang jauh lebih murah.
Jam menunjukkan 3.30 petang, peserta pun telah selesai membeli barangan yang diperlukan sebelum bergerak pulang ke homestay bagi meneruskan agenda seterusnya.
4.00 petang, maka bermula Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi Dash Owner Club Malaysia bagi membincang segala isu, cadangan serta perancangan jangka panjang untuk kelab berdaftar ini.
 |
Mesyuarat Agung Tahunan yang dipengerusikan oleh Abam Yo Syam. |
 |
Masing-masing memberikan 200% perhatian terhadap apa yang dibincangkan. |
Hampir 2 jam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) berlangsung, maka pelbagai isu serta cadangan dibincangkan dan telah pun dipersetujui oleh semua pihak. Manakala, perancangan bagi jangka masa panjang untuk D.O.C pula telah pun dirangka dan akan dibincangkan secara berperingkat-peringkat.
Bila senja menyinsing, malam pun menjeling. Hamboi, ayat puitis! Haaa~ nak tahu apa aktiviti selepas AGM kami tadi? Jom ikuti gambar-gambar di bawah.
 |
Ada macam international player tak? hehehe! |
 |
Lepas penat berfutsal, kami pekena Char Kuey Tiaw. Memang Sedap! |
 |
Macam-macam ragam ketika kawan-kawan kita ni makan. hehe! |
 |
Peace! Abam Pirana memberikan isyarat yang dia dah habis makan, sinonim dengan namanya 'PIRANA' ! hahaha! |
 |
Pingganku botingkek-tingkek! Abam Kie sempat rap tentang pinggan char kuey tiaw. |
 |
Walaupun hanya memasang rear lamp yang baru dibeli petang tadi, semangat tolong menolong dapat dilihat menerusi gambar ini. |
Haa~ macam seronok je, macam best je aktiviti-aktiviti tadi kan? Maka, tamat sudah aktiviti-aktiviti untuk hari ini. Dari kilang Boon Siew Honda terus ke kedai
spareparts langsung ke homestay untuk AGM dan berfutsal pada malamnya serta aktiviti paling yang disukai ramai, makan! Memang terbaik selera masing-masing sehinggakan ada yang menambah 2-3 pinggan walaupun ada mengadu perut sebu. hahahah! Sebu tak sebu belakang kira, kalau sudah lapar semua disauknya.
Setelah selesai makan char kuey tiaw, para peserta konvoi pun beredar pulang ke homestay untuk berehat. Sesampainya di homestay, ada yang terus tidur dek kerana terlalu penat, membaik pulih motor dan ada yang masih berborak tentang aktiviti-aktiviti yang dilalui mereka dan menyatakan mereka amat gembira dan berpuas hati kerana bukan senang dapat bersama-sama seperti ini.
Ayam berkokok,
alarm pun turut berdering menandakan bermulanya aktiviti baru untuk hari ini bertarikh 2 November 2013. Selesai mandi, para peserta pun bersiap sedia untuk mengikuti agenda untuk hari ini. Aktiviti untuk hari ini agak santai kerana kami semua akan menjelajah ke kawasan yang menarik. Mari saksikan apa yang kami lakukan untuk hari ini.
 |
PANTAI MERDEKA di Sungai Petani, Kedah. |
 |
Tudia~ Geng Northern Region santai saja~ |
 |
Macam biasa, nafkah perut tidak dilupakan. Masing-masing menunggu menu yang telah ditempah. |
 |
Tudia~ ABC Special Pantai Merdeka! berbaloi-baloi kalau makan. Berselera sungguh abam Snow kita makan. |
 |
Selesai makan, macam biasa kami bergambar untuk dijadikan kenangan. |
Itu baru di Pantai Merdeka di Sungai Petani, Kedah. Ada lagi suatu tempat yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta konvoi kali ini. Nak tahu di mana tempatnya? Tempatnya ialah Restoran Mee Udang di Pulau Sayak, Kedah! Yeahhh aktiviti hari ini memang tertumpu kepada perut-perut para peserta sahaja. Maklumlah, bukan selalu datang tempat orang kan? hahahaha!
 |
Sementara menanti mee udang masing-masing, mereka sempat berborak terlebih dahulu. |
 |
Ada yang tidak sabar menanti kedatangan mee udangnya. hehehe! |
 |
Ssllurrrppp! terbaik la mee udang Pulau Sayak ni, tak perlu selak-selak mee untuk cari udang sebab udang tu memang sudah terletak atas mee kuning tu. hehehehe |
Setelah mee udang telah pun dihadam dengan sempurna di dalam perut-perut para peserta, kami pun memulakan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya untuk santai dan melihat matahari terbenam serta mencari ketenangan. Tempat yang dimaksudkan itu adalah Pantai Teluk Molek atau juga dikenali sebagai Pantai Robina.
 |
Perut dah kenyang, kita santai je. teehee! |
 |
Ada yang santai, berborak, bergambar dan termenung! :p |
 |
Bro, barang yang lepas jangan dikenang. Kan dah dapat throttle baru. hehehe! |
 |
Molek je semuanya semolek nama pantai.. |
Selesai melihat keindahan ilahi pada waktu senja, konvoi pun bertolak pulang ke homestay semula. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah ke kedai menjual jeruk. Orang kata jeruk paling sedap jeruk di kedai Pak Ali. Jadi kami pun mencuba dan membeli untuk bekalan serta buah tangan untuk keluarga, kawan-kawan mahupun rakan sepejabat.
3 November 2013, hari terakhir kami berada di sini, seawal jam 7 pagi para peserta sempat menjengah ke pasar pagi yang berdekatan dengan homestay di Kubang Semang untuk membeli juadah sarapan pagi. Pelbagai jenis makanan yang dijual dan harganya amatlah berpatutan.
Untuk hari ini, tiada sebarang aktiviti yang akan dilakukan sebaliknya hanya berehat dan santai di homestay kami sementara ada di kalangan kami memeriksa kondisi motor masing-masing agar dash kesayangan kami ini sentiasa dalam keadaan yang terbaik!
4 hari 3 malam, hari yang amat bermakna buat ahli Dash Owner Club Malaysia kerana di dalam hari-hari tersebut, pelbagai onak dan duri, gelak tawa dan sedih dikongsi bersama kerana ia menunjukkan betapa kuatnya persahabatan dan hubungan ukhuwah antara kami.
Saatnya sudah tiba, tepat jam 10 pagi kami dengan berat hati terpaksa meninggalkan sahabat-sahabat kami di Northern Region bagi meneruskan perjalanan kami kembali ke tempat asal kami.
 |
Lokasi terakhir untuk kami semua bersama untuk konvoi kali ini. |
Bergenang air mata tatkala ingin berpisah dengan sahabat handai setibanya waktu untuk kami berpisah namun apakan daya masa mencemburui kami. Pelukan dan bersalaman hanya dapat kami luahkan disamping kata-kata membakar semangat untuk kami berjuang demi Dash Owner Club Malaysia yang dikasihi ini. Kepada warga Northern Region, jika ada terkasar bahasa, termakan terminum harap dimaafkan dan dihalalkan.
Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang jika diizinkan Allah. Lebih kurang 15 minit mengucapkan selamat tinggal, konvoi kami pun mula meninggalkan mereka, sedikit demi sedikit wajah mereka tampak pudar dari pandangan kami diiringi perasaan yang amat sayu.
Seperti biasa, konvoi bergerak dalam kelajuan sekata di antara 80-90km/j bagi memastikan kestabilan serta keserasian bersama ketika di atas lebuhraya. Kami berhenti di beberapa R&R bagi mengisi petrol serta berehat sebentar memandangkan perjalanan kami masih jauh lagi.
 |
Tetap senyum lebar walaupun dalam hati kami masih sedih meninggalkan sahabat di utara. |
 |
Tersentak dalam lamunan, kami diberi khidmat percuma oleh abam SBK kita sebagai sweeper. Respect! |
 |
Berhenti untuk melahap makanan dulu di R&R Ulu Bernam. Bismillahirrahmanirrahim. |
7 malam, cuaca kini jauh berbeza dari hari pertama kami berkonvoi kerana kali ini dugaannya lebih kental. Sepanjang perjalanan kami dari Perak hingga ke KL, konvoi kami diringi oleh hujan yang amat lebat membuatkan kami terpaksa lebih berhati-hati memandangkan jarak penglihatan yang terhad. Namun, dengan berkat doa dan pengalaman yang kami perolehi, kami selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Lebih kurang jam 9 malam, konvoi kami telah selamat sampai ke destinasi. Ada yang meneruskan perjalanan pulang ke rumah dan ada yang sempat singgah ke KariKing untuk minum sebentar. Insyaallah, ada rezeki dan diizinkan Allah S.W.T, kita akan bersua lagi wahai sahabat-sahabat di utara.
Walau apa jua sekali pun, kuantiti tidak menjamin kehebatan sesuatu organisasi tersebut sekiranya tiada kata sepakat mahupun jiwa 1Hati. Biarlah sesuatu organisasi itu mempunyai 10 orang ahli sekali pun, namun kualiti dan semangat yang ditunjukkan lebih bermakna jika dibandingkan dengan suatu organisasi yang ramai namun tiada kata sepakat antara satu sama lain. Salam 1Malaysia, Salam 1Hati, Salam 1Kari. Babai~
Memang terbaik dri ladang blog nie...nie yg lg buat aq syg DOC nie...walaupun sy nie newbie dlm group nie,tpi mcm2 keseronokan n pendapat dri abam2 DOC...terima kasih kwn2 DOC...diharap DOC akan terus kukuh n terus ke hadapan sampai bila2 k...salam DOC semua...
ReplyDeletetrimas bro Taufik, bersama-samalah kita mengukuhkan kelab kita ini ke arah yang lebih baik dari sekarang. Insyaallah, aamiin..
Deletep/s: baru ke lama, semua 1Hati :)