Thursday, 28 November 2013

DOC saksi CubPrix di Sepang.

           Assalammualaikum dan selamat sejahtera!! vrroommm! weengg wenggg!! Kemeriahan CubPrix pusingan ke-9 di musim ke-20 ini telah pun diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 16-17 November 2013 baru-baru ini.

          
Bagi menyokong sukan permotoran di Malaysia, kami selaku warga Dash Owner Club Malaysia berasa bertanggungjawab serta berdedikasi untuk menyaksikan perlumbaan tersebut bagi memeriahkan suasana di sana.

       
Tepat jam 11 pagi, 17 November 2013, lebih kurang 25 orang ahli DOC menyertai program ini. Menjadikan masjid KLIA sebagai RV point, kami semua berkumpul di tempat demikian sebelum bergerak ke destinasi yang ingin ditujui. Tanpa membuang masa, jom kita ikuti segala aktiviti yang kami lakukan selama beberapa jam di Litar Antarabangsa Sepang tempoh hari.

Litar bagi perlumbaan CubPrix pusingan ke-9 di Sepang.

Macam  biasa, sementara menunggu yang lain, sesi bergambar dulu..

Apa la yang dibuat oleh abam Bendahari kita bersama Tuan Presiden tu..

Apa la yang dibincangkan tu wahai abam-abam..

dari honda ex-5, dash v1 & v2 menandakan semangat 1Hati.

Gaya, Mutu Keunggulan yang ditunjukkan oleh ahli DOC.

Selesai berkumpul dan sesi bergambar, kami pun bertolak ke Litar Antarabangsa Sepang yang berada tidak jauh dari lokasi kami untuk menyaksikan perlumbaan CubPrix pusingan ke-9 ini. Perjalanan yang mengambil masa tidak sampai 15 minit itu, kami telah  pun selamat sampai ke destinasi.
       
Seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui antara pihak DOC dan Malaysian CubPrix (MCP), kelab berdaftar seperti Dash Owner Club Malaysia diberi layanan istimewa iaitu kami disediakan parking lot khas untuk meletakkan jentera-jentera kami ini di dalam kawasan Litar Antarabangsa Sepang. Jom kita lihat apa yang berlaku sepanjang beberapa jam kami di sana.

Tak perlu berebut untuk parking, kami boleh parking dengan selesa dan selamat!

Sempat mengunjungi booth Honda untuk melihat apa yang terbaru dari pihak Boon Siew Honda.

Ada yang berminat untuk membeli helmet pada harga yang murah. TP buat apa tu? 

Bersama Samurai Paint, berita baik bakal menyusul.

Tidak mustahil jika angan-angan boleh menjadi kenyataan jika berusaha.

Selesai mengunjungi semua booth yang ada di sekitar litar, kami terus ke grandstand untuk menyaksikan perlumbaan yang telah pun bermula dengan pelbagai kategori dipertandingkan. Memandangkan cuaca yang agak baik, kami berasa lebih teruja untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.

Siapa yang tak kenal dengan team yang hebat ni.

Pak Cik yang naik kereta pun pakai helmet, anda? Sayangi nyawa anda, ingatlah orang tersayang.

Baju pertama yang masuk ke Malaysia, kami antara yang bertuah!


Abam Hasbi focus menonton perlumbaan. Kelibat wakil dari Pahang iaitu Tuan Farix selaku leader Pahang juga datang untuk menyokong CubPrix kali ini.

Mr. Koji pun turut serta menonton CubPrix bersama DOC. Respect!

Tidak dapat disangkal lagi kekuatan jentera oleh Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing Team ini.

Dengan kemenangan yang diperolehi oleh Elly Idzlianizar Ilias di tempat pertama dan Md Affendi Rosli tempat kedua di mana masing-masing dari Honda Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing manakala tempat ketiga jatuh kepada Md Taufiq Roslan dari Yamaha PETRONAS Yamaha-CKJ. Tahniah diucapkan kepada pemenang.
           
Selesai menyaksikan perlumbaan yang dikira amat sengit itu tadi, kami pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ untuk berTTS di nilai seperti yang dilakukan oleh kami setiap tahun.

Bismillahirrahmanirrahim, jemput makan kawan-kawan.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, maka dengan itu tamat sudah aktiviti kami pada hari ini. Selepas makanan dihadam dengan sempurna, kami pun bergerak pulang ke lokasi masing-masing. Terima kasih diucapkan pada yang sudi hadir menyaksikan CubPrix kali ini dan berharap semangat seperti ini dapat diteruskan, insyaallah. Jumpa lagi! 


No comments:

Post a Comment