Assalammualaikum dan salam sejahtera! Entry kali ini mungkin agak berbeza sedikit daripada entry yang sebelumnya kerana kali ini kami ingin berkongsi cerita tentang Teh Tarik Session (TTS) yang kami adakan.
Wujudnya suatu idea yang bernas diusulkan oleh sahabat kita abam Wanpari dan abam Ezuwan untuk mengadakan TTS secara berpusingan atau rotation.
Pada tarikh 6 Disember 2013 bersamaan hari Jumaat, maka bermulalah suatu gerak geri gasing telah diadakan oleh kami. Menjadikan Khulafa Bistro Seksyen 7, Shah Alam sebagai tempat TTS kami dengan kehadiran lebih kurang 16 orang ahli DOC dari kawasan sekitar menjadikan TTS kali ini sangat berjaya dengan pelbagai telatah yang boleh diamati sekiranya anda berada di situasi tersebut.
Untuk kali ini, kami bercadang untuk berTTS di tempat yang berlainan setiap minggu di seluruh kawasan KL & Selangor bagi mengeratkan lagi silaturrahim serta secara tidak langsung dapat mendedahkan aktiviti-aktiviti Dash Owner Club Malaysia ini di mata masyarakat sekaligus menarik minat pemilik-pemilik Honda Wave Dash untuk menyertai DOC sebagai ahli yang sah.
Insyaallah, jika masa mengizinkan, setiap minggu venue TTS akan berubah-ubah mengikut perbincangan antara bakal Person-In-Charge (PIC) TTS dan ahli DOC yang lain bagi memberikan suatu keadaan atau suasana yang cukup adil untuk setiap tempat yang bakal diadakan. Setelah selesai TTS di seluruh KL & Selangor, kami bercadang untuk berTTS di luar kawasan seperti Negeri Sembilan dan lain-lain negeri. Berharap apa yang kami cuba lakukan ini mendapat sokongan dan komitmen oleh ahli-ahli Dash Owner Club Malaysia yang lain. Dengan cara ini, pelbagai cadangan serta isu dapat dibincangkan sambil berTTS untuk membaikpulih dan memantapkan lagi struktur perjalanan Dash Owner Club Malaysia ini.
Berharap apa yang kami lakukan ini selaku ahli DOC Central dapat diikuti oleh semua ahli di pelusuk tanah air Malaysia bagi menyatupadukan semua ahli serta mencari kawan-kawan baru. Tunggu~ banyak lagi program yang bakal diadakan di tahun hadapan yang direncanakan bagi menjadikan Dash Owner Club Malaysia ini sentiasa BEST! dan diminati masyarakat. Trimas!
No comments:
Post a Comment