Doo doo doo~ doo cercang! Sawadikap!! kung krang kung krang! Hahaha! Haa hamboi! Assalammualaikum dan salam sejahtera! Entry untuk kali ini amatlah membanggakan bagi kami khususnya warga Dash Owner Club Malaysia kerana 2 orang wakil dari Northern Region iaitu abam Safuan atau Bob bersama dengan abam Kuntom Mekar telah pun mengharumkan nama DOC Malaysia dengan menyertai konvoi ke Krabi, Thailand!
Pada tarikh yang bersejarah, 6 Disember 2013 yang lepas maka tercapailah impian 2 orang ahli DOC ini untuk menjejakkan kaki serta tayar motor dash kesayangan mereka itu di bumi Krabi, Thailand. Perjalanan sejauh 500km yang mengambil masa lebih kurang 8jam itu tidak sesekali mematahkan semangat mereka selaku wakil dari Dash Owner Club Malaysia.
Hampir 300km perjalanan ke Krabi, Thailand itu mereka telah ditemani oleh sang hujan namun dengan semangat juang dan 1 Hati telah membuatkan mereka tekad untuk meneruskan konvoi itu bersama rakan-rakan lain yang terdiri daripada pelbagai jenis motosikal.
Bak kata abam Bob, "Siapa cakap DOC tidak sampai ke Krabi? DOC sudah sampai! Tengok baju sikit la bro!" sambil ketawa kegembiraan. Di bawah ada sedikit gambar untuk tatapan kita semua. Jom kita tengok!
![]() |
Cukup membanggakan! Banner DOC Northern Region dibentang di hadapan simbol bandar Krabi, Thailand. Respect! |
![]() |
Abam Bob sentiasa comel~ macam comel je! |
![]() |
Bersama-sama dengan rakan-rakan konvoi. Hamboi bob pandai pilih! |
Haa! nampak kan? nampak kan? Hehehe! Jutaan tahniah dan terima kasih dari Dash Owner Club Malaysia kepada mereka berdua kerana mengharumkan serta mempertabatkan lagi nama DOC Malaysia di mata masyarakat. Respect!
Insyaallah, suatu masa nanti kita pasti bersama-sama berkumpul sebagai satu konvoi DOC Malaysia yang mengumpulkan seluruh ahli di Malaysia ini untuk berkonvoi di Krabi, Thailand. Doakanlah yang terbaik semoga apa yang direncanakan kelak termakbul, Insyaallah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment