Tuesday, 31 December 2013

TTS BBQ Northern Region

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Haa~ ceq nak habaq sikit ni noh! TTS BBQ oleh DOC Northern Region pada 30 Disember 2013 telah diadakan bagi menyambut kedatangan tahun baru 2014 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menjadikan rumah abam Okuma sebagai lokasi kejadian, tepat pada pukul 8.30 malam maka TTS BBQ pun bermula dengan penglibatan ahli-ahli yang lain. Perut pun dah  berkeroncong dengan amat kuat sekali tanpa membuang masa jom kita layan!


Tudia! Resepi istimewa dari abam Okuma kita. 

Lajunya abam tu kipas bara sampai tangan pun tidak kelihatan! hehehe!

Korek apa tu bang?

Semua ayam ini dijamin 100% tiada bulu! Hahaha!

Jom kita mentekadarah! Nyum! nyum!

Tak sempat nak penuh bekas ayam tu, asyik hilang je! Hehehe! Sedap sangat la tu!

S/U Spark Plax, hang pasai apa lagu tu? kokak plug ke apa? Hahaha!

Memang nampak menyelerakan!

Dorang cakap yang ini semua abam Bob yang punya! Hehehe!

Nampak tak ramai yang wayang lebih sebab yang buat kerja 3 orang je! Hahaha!

Dash Owner Club Northern Region!

"Syukur Alhamdulillah ada rezeki aku malam ini" Kata abam Shukri kita. Bob! lawa tocang hang! Hahaha!


Gagah perkasa semua sambil menahan nafas baru la nampak kempis perut tu kan.. Hahaha!


Haa~ Maka selesai sudah TTS BBQ oleh DOCNR untuk tahun ini. Semoga tahun 2014 yang bakal tiba ini menjadikan Dash Owner Club Malaysia semakin dikenali ramai serta pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama, Insyaallah. 

Monday, 30 December 2013

Kluang Bike Week!


Assalammualaikum dan salam sejahtera brader! Pada 29 Disember 2013 geng selatan kita telah pun menyertai suatu event yang dipanggil "Kluang Bike Week" di Kluang, Johor. Pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur untuk para pengunjung. Jom kita usha sikit gambar-gambar yang disediakan di bawah. Vvvrrooomm!! 








Bergaya abam Abbas a.k.a Tora-tora kita! Hehehe!



















Wednesday, 11 December 2013

Final Round CubPrix Musim ke-20

            Bokbokbokbokkk! setting bobok ya bang? Assalamualaikum dan salam sejahtera! Final Round CubPrix Musim ke-20 telah pun berlalu beberapa hari yang lepas. Jadi, bagi menyokong arena sukan permotoran di Malaysia ini, kami Dash Owner Club Malaysia yang terdiri lebih kurang 20 orang ahli datang menyaksikan pusingan akhir ini yang bakal menentukan siapakah juara untuk tahun 2013 ini di Trek Go-Kart berhampiran dengan Stadium Malawati Seksyen 13, Shah Alam ini yang pertama kali diadakan bagi perlumbaan CubPrix.

Menjadikan Petronas Seksyen 13 sebagai RV Point kami, maka pada 8 Disember 2013 kami pun berkumpul di RV Point sebelum bergerak ke stadium di mana seperti biasa parking khas telah pun disediakan untuk kami oleh pihak Malaysian CubPrix (MCP). Terima kasih diucapkan kerana memberikan kemudahan ini disamping menyediakan pasukan RELA bagi menjaga keselamatan jentera-jentera kesayangan kami ini.

Dengan perasaan terujanya saya ingin anda semua melihat bagaimana suasana sekitar apabila Dash Owner Club Malaysia menerjah ke tapak Final Round CubPrix Musim ke-20 ini untuk menyuntik semangat anda semua untuk menyertai kami di masa akan datang. Tanpa membuang masa mahupun ruang dalam blog ini jom kita kita tengok gambar-gambar yang disediakan ini. vvrrooooommmm!!


Track yang agak mencabar pada kali ini.

Petronas Seksyen 13. Sabar menanti rakan-rakan yang masih dalam perjalanan.

Dah sampai dah! Selamat parking khas kat sini sebab ada RELA jaga.

Tidak kira model, dari EX5-DASH-CBR250 janji HONDA!

Haa! kenal tak siapa tu? Jangan jealous! Hehehe!

Lebih kurang 30 minit masa diambil untuk berkumpul di RV Point. Kami pun bergerak ke destinasi di mana pihak MCP telah menanti kedatangan kami untuk mengiringi kami ke parking khas yang disediakan oleh pihak mereka. 

Selesai parking, macam biasa kami akan berkunjung ke semua booth yang dibuka untuk orang ramai. Pelbagai cenderamata yang diberi oleh pihak mereka dan juga beberapa keistimewaan yang telah kami terima seperti contoh Dash Owner Club Malaysia menerima harga istimewa yang sangat berbaloi apabila membeli sekotak spray di booth Samurai Paint serta di booth Faito juga pihak mereka memberikan diskaun yang agak menarik jika pihak DOC Malaysia membeli produk mereka.


Abam Nabil dah boleh jadi model Samurai Paint dah tu! Hahaha!

DOC bersama Panjang dari Samurai Paint. Harga memang berbaloi baloi baloi baloiiii!

Beli spray dapat harga special, lagi dapat sticker yang banyak! Alahai untungnya join DOC!

Chain Lube dari Faito.

Gear 1, 2, 3, 4! 

Saiz apa nak? 415, 420, 428? semua ada!

Ni bukan contact lense tau. Tengok betul-betul. Hahaha!

Kenal tak? kenal tak? hehehe!

Pusing punya pusing, alamak! isapskitt! Hafizh Syahrin la brader!

Alahai bestnya dapat sign dari beliau..

Urghhh!! Meleleh tengok der!

Sexy babe!

Puas pusing-pusing di booth, beli apa yang patut, kumpul cenderamata cukup-cukup barulah kami bergerak ke groundstand untuk menyaksikan CubPrix yang telah lama bermula dengan pelbagai kategori yang dipertandingkan, sebab apa dipanggil begitu? Jom kita tengok apa itu GROUNDSTAND!


ni la dia GROUNDSTAND! kalau di Sepang dipanggil GRANDSTAND. Hahaha! Eco-Green kata kau!

Panas terik pun, DOC tetap steady layan CubPrix!

Abam Garpu Tala atau nama manja abam RM2 betul-betul menikmati makanan istimewanya. Sluurrppp!

Skreetttttt! layan beb tengok rider-rider ni corner!

Aksi oleh Zaqhwan Zaidi dari Yuzy Pachie Racing!

Hangitttt! Bau tayar hangus tu betul-betul menusuk kalbu~ hahaha!

Puas menyaksikan perlumbaan yang cukup hebat ini kini tibalah masanya penentuan siapakah yang bakal menjulang trofi juara untuk tahun 2013 ini. Dengan sebanyak 153 mata yang dikumpul oleh Ahmad Fuad Baharudin dari Faito Yamaha Motobert melayakkan beliau sebagai juara untuk musim ke 20 untuk tahun 2013 ini. Manakala, tempat ke dua diberikan kepada Norizman Ismail dari Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing dengan kutipan 131 mata dan Md Zaqhwan Zaidi dari GiVi Honda Yuzy Pachie mendapat tempat ketiga dengan kutipan 122 mata. Tahniah buat mereka!


Wajah ceria dan berpuas hati dengan kemenangan masing-masing.

Selesai menyaksikan CubPrix musim ke 20 ini, kami terus berTTS sebentar di restoran berhampiran bagi mengisi perut yang lapar.


Papa Hasbi, please jangan gelojoh sangat! Hahaha!

Lebih kurang 30 minit, kami pun bersurai untuk pulang ke rumah masing-masing. Tapi bak kata orang-orang lama, "ala, hari masih muda!" Hahaha! Sebelum bersurai, ada antara kami sempat berdiskusi sebentar untuk pergi mengunjungi suatu event diadakan di Space U8, Shah Alam yang terletak tidak jauh dari tempat kami memberi nafkah kepada perut sebentar tadi memandangkan tarikh yang sama serta dekat dan sebab itulah kami berniat untuk turut serta melihat apa yang istimewanya event tersebut bak kata pepatah "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Hamboi~

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan lain yang ingin meneruskan perjalanan pulang, kami terus bergerak ke Space U8 untuk mengunjungi event yang dianjurkan oleh agensi pelancongan WSF Travel and Tours Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa kelab permotoran antaranya Sangria’s Bikers dan GS Bikers itu turut mendapat sokongan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Event yang diberi nama 2-Wheels Festival 2013 yang bermula dari 6-8 Disember 2013 ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat superbike yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti Kawasaki Z800, CBR Fireblade 1000rr dan pelbagai lagi yang sentiasa menjadi idaman ramai.

Saya diberitahu motif festival ini dianjurkan adalah untuk mengutip derma sebanyak mungkin untuk disalurkan kepada Pusat Kanser Malaysia dengan cara mengenakan bayaran RM2 setiap orang sekiranya berminat untuk mengunjungi festival ini. Setelah mengetahui niat murni yang cuba mereka lakukan, kami selaku ahli Dash Owner Club Malaysia berasa bertanggungjawab untuk memikul sama usaha mulia ini bersama-sama.


Kami pun dapat parking khas seperti mana abam-abam SBK yang lain. Hehehe!

Walaupun jentera kami kecil namun jiwa kami besar!



Kawasan sekitar festival tersebut.

Sebelum masuk, bergambar dulu tanda kami pernah mengunjungi festival ini

Ada angin la tayar tu wahai abam Sugus~ Hahaha!

Abam Yazid bersama Z8 idamannya.

Rabbit!

Mintak nyawa Rabbit tu bila abam Aizat naik! Hahaha!

Sangat awesome design Z8 ni..

Yeahh Z8 lagi..

Nampak ganas!

Ya Jepa, Spider ini 3 tayar bukan 2. Jangan ragu-ragu okay.. Hahahaha!

Lebih kurang 1jam lebih berfoya-foya di festival tersebut, kami pun sepakat untuk beredar dari situ memandangkan ada antara kami ingin meneruskan agenda lain mereka. Sangat berpuas hati dengan festival ini dengan niat yang dikira sangat murni. Inilah dikatakan orang, nak berjasa atau berbuat baik tidak kira cara atau bagaimana ia dilakukan jika ada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan. Babai~